Dating Dengan Adik K

25 Jun 2012 genap 4 bulan Khair Imran.Kejaap je dah 4 bulan ek.Haritu rasanya baru je pegi hospital amik tarikh nak induced baby Imran.Alhamdulillah Imran dah mula meniarap masa 3 bulan 3 minggu.Sekarang ni makin galak meniarap.Susah nak salinkan pampers, mesti dia terbalikkan badan dia balik.Teringat memori yang sama time Khayra & Amsyar.Macam tu la gaya masing-masing bila dah start meniarap (^__^)

Rabu haritu bawak Imran pergi monthly check up. Bulan ni takde cucuk.Imran dah 6.8kg.Alhamdulillah naik 400g.Mama dating dengan Imran berdua je.Papa kerja.Imran memang sporting, tak meragam pun.Suka sangat menjerit.Geram tau dengan budak jantan sorang ni.Tapi takleh lawan dengan Abang Amsyar masa 4 bulan.Amsyar 4 bulan dah 7.06kg.Heee.


Tengah tunggu nurse panggil. Belum timbang lagi.

Bulat mata bila tengok kamera hp mama ni.Kalau boleh nak tarik tangan mama.

Masih lagi menunggu. Tapi kolar baju dah lencun dengan muntah. Imran ni kuat muntah dan kuat menyusu. Input & ouput :p

Mama kerja time ni. Amik time slip bawak Imran pergi check up. 

Dah lama sangat tunggu, time nama Imran naik, tertidur pulak. Nasib baik bawak stroller, nurse check kat situ je.Takyah angkat baring kat tilam. Sampailah nak balik pun Imran bantai tidur. Letih.

Masa ni kat dalam carseat. Time letak Imran, automatik tangan tu dia sendal bawah kepala.Waah kemain lagi.

Dah betulkan tangan. Sampai taska balik baru lah Imran bangun. Dah kenyang susu, barulah mama balik ofis.

23 Jun 2012 rumah nenek Imran ada buat kenduri kesyukuran sikit. Apelagi tumpang sekali buat cukur jambul.Tu pasal rambut Imran jadi macam tu.Tak botak habis, pakai gunting je.Huhu
.
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...