Pam Jangan Tak Pam


Rutin mengepam dah bermula sejak start kerja 3 minggu lepas.Yang bestnya kali ni dah tak mengepam sorang-sorang.Dah ada member buat projek mengepam.Dulu sorang-sorang je nyuruk kat belakang pantri. Sekarang ni boleh buat projek kat dalam "bilik khas".

Bilik Khas la sangat.Bilik tu sebenarnya untuk GM.Tapi dek post GM tu dah dimansuhkan, kitorg buat lah Bilik Khas tu untuk projek baikk.Tapi termasuklah buat Bilik Solat kanns.Fina bersalin awal sebulan.Time mengepam untuk Amsyar dulu, dia selalu tengok saya pam.Saya pun sibuk nak promote kebaikan bf ni.Masa tu dia anak dara lagi.

Alhamdulillah, sekarang ni Fina pun dah jadi fully breastfeeding umi. Laagi rajin dari saya, sebab Dak Fina ni pam 3 kali sehari.Hari-hari dia akan bawak balik 24oz untuk Baby Aisyah.Masyuk woo.Kakak ko ni kalau rajin 2 kali je pam.Standard memang sehari sekali la.Sebab lunch hour pergi taska df terus Dak Imran.Boley la, boley laa.Hee.

 Tengah berprojek ;p
 Peace yo!

 Masih alatan yang sama.


Allah masih kurniakan rezeki untuk saya.Alhamdulillah, supa-rupanya susu badan saya tidak pernah kering sejak 4 tahun lalu.Sentiasa ada permintaan. Bermula daripada Kakak Khayra breastfeeding, lepas tu Amsyar lahir, Khayra dan Amsyar bertandem. Sekarang bila Imran pulak lahir, Amsyar dan Imran pulak tandem.

Nanti saya buat entry bagaimana saya tandem anak-anak saya.Insyallah.Gambar tandem selalu saya amik.Nak mintak izin incik hasben kalau dia benarkan saya publish sekali dengan gambar nanti.Happy Breastfeeding :)

2 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    murah rezeki ko rohana :) ho breastfeeding go :)


  2. Hanna Says:

    alhamdulillah...allah berikan rezki utk kita guna sebaik2nya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...