Jom Beriadah

Musim cuti sekolah ni belum berkesempatan nak bawak anak-anak pergi riadah. Selalunya port kitorang kat Stadium Tun Fatimah Bkt. Serindit.Dulu ada letak entry aktiviti ni. Kat situlah tempat Amsyar melepaskan gian sepak bola jauh-jauh.Hahaha.Kesian dia, kat rumah yang secoet tu kalau sepak bola mesti kena TV la, kena kipas siling la, kena kepala mama la..huhu..last-last kena haruk dengan mama.Tension Dak Abang. 

Bola pulak bukan jenis bola plastik tu. Papa dia dah belikan bola yang betul-betul mcam orang besar main bola.Memang mengucap je la mama kau ni nak kalau dia dah start sepak. Haritu saya dah sorokkan bola dia.Tapi dia tak kisah bola plastik kan adaaa... T_T

Kat bawah ni saya tepekkan gambar masa riadah yang dolu-dolu.Picture taken 6.10.2013.Nak dekat 2 bulan tak jejak pergi Stadium Tun Fatimah der.Musim hujan cenggini kena fikir banyak kali nak bawak anak-anak keluar.Indoor je la anak-anak.Papa, jom shopping...hahahaha!

Budak yang tak suka kena pegang. Kejap kang dah jauh dia merayap.Itulah dia Dak Imran. *tepuk


Papa tengah coaching sepak bola yang betul.Ecewah!

 Eh, Bang..bukan ke bola Abang kat belakang ke? Ooo sesi regangan kot.
 Larik sana..larik sini...

 Kakak dan bola plastiknya...papa kat belakang tengah main bola dengan Amsyar

 Kan dah cakap Imran mesti nak merayap T_T

Time ni papa belum beli bola betul tu...pakai bola plastik dulu...musti bawak jugak Amsyar kat sini lagi bagi dia sepak bola puas-puas.Minggu ni mungkin...

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...