Sesi Lawatan Ke Rumah Orang

Sambungan daripada entry lepas....

Lepas je sampai ofis, member ktorang wasap bila nak datang rumah dia.Ayooo memang lupa sangat-sangat.Kitorang dah janji nak datang rumah dia lepas orang semayang Jumaat.Disebabkan Mega Home memang la tak ingat benda lain.Huhuhu.

Member kitorang ni baru beli rumah tengah tahun ni.So sekarang rumah masih lagi under renovation progress.Dia ni pun takdelah rushing sangat nak duduk rumah baru.Boleh rilek-rilek je tunggu renovation siap.Lagipun apa adahal, dia dok rumah makpak...tak yah fikir nak kuar duit sewa kann..

Sebenarnya kitorang (saya dan Ila) yang nak datang sangat tengok rumah baru dia.Nak tengok dia renovate apa, cat apa, tambah apa, perabot apa, kitchen kabinet apa...fuhh betul-betul macam kaknam.Disebabkan dia ni lelaki, memang takde hal la nak tunjuk bagai.Lain lah kalau kita ni pompuan-pompuan, mesti nak tunggu rumah siap baru boleh ajak kawan-kawan datang kann...


Inilah rumah member kitorang tu. Rumah Semi-D 50 x 80 endlot.Setiap rumah developer bagi free autogate.

 Pagar kawat dah naik jadi pagar batu.Yang best kat rumah dia ni, sebelah pagar je taman permainan. Anak-anak dia boleh lompat je la kalau nak main lorot-lorot..Hahaha.

 
 Laman depan ni dia cadang nak buat gazebo.Memang sesuwei.Besaarrr tanah dia oii.

 Ni bilik anak-anak.Dia ni ada sepasang anak je.Memang tak cadang nak tambah dah.Memang kena lah warna tema, pink and blue.Perabot sama.

 White theme

 Ni bilik master bedroom.Nak tahu tak, rumah semi-D ni asalnya 4 bilik.Member saya ni pecahkan bilik dia, bergabung dengan bilik sebelah.Jadinya rumah ni tinggal 3 bilik je dengan 1 bilik stor.

 Haa ni lah bilik sebelah yang dia gabung tu.Dipisahkan dengan sliding door. Wife dia dah plan nak buat bilik tu as a wardrobe..fuhh.Berpeluh mak dengar.Hahaha!

 Wardrobe belum pasang lagi.Pelan-pelan kayuh.

 Dapur yang dia tambah.Sepatutnya takat dinding pemisah tu je.Best!Best! Ruang makan nanti ditaja oleh pak mentua.Meja marble 8 kerusi tunggu nak hantar kat rumah je.I is jeles.

 Dapur yang direnovate.Dia tak puas hati sebab siling dapur tak selari, jenis turun kebawah pulak.Time hujan lebat hari tu rupanya atap bocor.Ni mesti kes buat keja tak teliti.Member kitorang suruh orang tukang ni betulkan balik.Kemungkinan siling tu dia buat selari dengan siling ruang makan balik.Tapi kena tunggu kontraktor tu bereskan rumah lain dulu.Betul-betul penyabar member saya ni. Hood & hob brand Eka. Penapis Coway dah sampai dulu.I is jeles lagi.

 Ruang tamu jenis siling tinggi.Dari luar nampak macam rumah double storey.Lampu chandelier..macam cantekk je..macam comell je!

 Sofa amik 3+2 je. Itupun dah beriban tu.

 Akhirnya, tuan rumah tunjuk muka.Huhuh.Saya dah mintak izin dengan dia dah nak masukkan gambar-gambar rumah dia kat blog saya.Nasibb dia ok & cool :D

Bila tanya dia kos beli perabot, wiring, cat, renovation and bla bla bla...memang terkejut perut dengar RM nya.Insyallah dia target awal tahun depan semuanya dah setel and boleh duduk rumah tu.Nak buat kenduri pun senang sebab rumah hujung, pacak je berapa khemah nak pasang.Pape pun "Wan!! Rumah ko memang cantik siyott!!"

3 Responses
  1. Memang besar rumah. Cantik. Duit pun besar tu..


  2. mama lieyna Says:

    Cantiknyeeeee.... rumah impian juga, tapi heheh.. money tak cukup rasanya... berangan dulu la..huu..


  3. Rizziela Says:

    Rezeki...suka tengok..bila la nak dapat rumah mcm ni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...