Raket dan Bola Masa Cuti Tahun Baru

Salam Jumaat semua.

Cuti New Year hari tu kitorang tak kemana.Cuti Rabu, so just lepak kat rumah je la.Petang tu je keluar pergi Stadium Tun Fatimah.Sejak dak Kakak ada raket ni asik lah ajak pergi sini.Almaklum nak main kat rumah takde kawasan,kadang-kadang je pergi rumah nenek main badminton.Tapi pukul je la reti, sambut bola tak reti-reti lagi.Huhuhu.

 Kakak kata dia macam Ji Hyo pakai topi.Layan kan saje.Amsyar dengan bola nya. Tak main la bola plastik.

 Kat padang ni ada 2 group main bola.Amsyar pun nak join sama.Tu orang besar je la Bang.

 Ok itu dia pemain harapan negara tengah keluarkan raket masing-masing.Gaya dah ada.Hee.Kerja Papa untuk hari tu kena kejar Imran...well,macam biasa...

 Amsyar yang manja dengan Kakaknya.Sabar sungguh Khayra layan dak Abang.Raket pun nak suruh Kakak amikkan.

Imran terkedek-kedek sepak bola.Kalau bola plastik dah jauh dah kena sepak.

 Amsyar ajak mama main badminton dengan dia.Pun sama,pukul bola je tahu,sambut bola lom tahu lagi.Mama lah yang penat kutip bola pastu bagi Amsyar.Huhu.Khayra jauh nun disana kutip bola yang masuk dalam longkang.

 Ikut dan ikut dan ikut je lah Imran dari belakang.Berapa jauh dia asik jalan je.Ada sekali tu sampai kat orang tengah main bola dia pergi.Berlari papa kejar dia.Kang berdebuk kena bola dek..adoiyai..

Amsyar ajak papa main badminton pulak.Lepas tu dia main bola, boleh lah mama lawan papa.Just pukul-pukul je.Anak-anak kat kawasan tu,boleh lah perhati sekejap-sekejap.

Pastu dah jom balik. Sekadar keluarkan peluh sikit.Masa sampai kat dataran tu ada buat senamrobnik.Ramai gilerr.Tak sempat nak amik gambar.Nanti nak join lah, asik datang tengok orang senamrobik je.Sekali-sekala nak jugak bererobik.Bagi pecah lemak-lemak terkumpul tu.Soalan saya, kenapa lemak saya makin banyak ni????


2 Responses
  1. raket yg nenek bagi tu ke raket laen?


  2. Hanna Says:

    raket lain..sebb raket nenek bagi dah patah...sodakollah... :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...