Ibu Datang Nak Jumpa Khayra

Semalam, Ibu Liana (Maklong Khayra a.k.a Kakak Papa a.k.a Kakak Ipar Mama) ada kursus sehari kat Mara. Ibu dari datang dari Melaka. Beriya2 Ibu nak jumpa Khayra kat taska time rehat nanti. Ala,pity Ibu, Khayra baru kejap tidur. Ibu nak jumpa gak Khayra. Rindu. Lagipun Khayra dah lama tak balik Melaka. Kalau balik pulak, Khayra mesti tak sihat. Kesian anak mama. Ibu lepaskan rindu dan geram.Hehe.



Ibu : Anak Ibu bangun lah..Ibu datang nak jumpa Khayra ni..

Ibu : Alahai..Semalam Ibu saje tak nak bagitau nak datang..Nak surprisekan Khayra..
Ibu : Takpe lah...nanti Khayra balik Melaka tau...kita main sama-sama dengan Kakak Alia dan Kak Hani...
Ibu : Lena anak Ibu tidur....Bye Khayra..Ibu nak balik Melaka ni...Jumpa lagi...




Sampai sudah pun Khayra tak bangun. Lena dia tidur. Ibu dah sampai Melaka dah pun. Lain kali kita jumpa lagi ye Bu :)

2 Responses
  1. Naffz' see Says:

    aduss, sedihnye tak dpt jumpa...tak pe, ada masa jumpa jugak nanti kan..


  2. Hanna Says:

    tu la naffz..nasib baik khayra dpt jumpa ibu dia ms blk kg ari tu..suka sgt ibu khayra :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...