Entry Khas Buat Ibu ku Sayang
Entry ni khas untuk Ibu kesayangan aku iaitu Pn. Bena bt. Kudus. Sekarang ni mak aku tak busy sangat kat office dia. Semua orang terlibat dengan sukan jabatan. So,mesti mak tengah boring sekarang ni kan. Kalau camtu ,meh tengok gambar-gambar Khayra masa pegi Klang hari tu.
20 Jun 2009 - Sabtu
Masa ni Khayra bangun awal. Dah rutin dia bagun untuk pegi Taska. So,hari Sabtu&Ahad pun dia bantai bangun awal. Kesian la kat mama&papa ni sayang. Itu la masanya untuk ktorg bangun lambat.Huhu.Pagi ni Khayra nak pegi Klang rumah Pak Uda&Mak Uda. Nak jumpa atuk dan nenek..horay!
Jom mama siapkan Khayra. Kalau dah cantik baru lah boleh pegi jalan-jalan. Khayra dah excited nak pegi jalan.
Dari Gombak ke Klang. Khayra mula-mula excited,pastu dah start berlayar. Tu la, sape suruh bangun awal. Khayra tidur sampai rumah Pak Uda baru dia jaga.
Khayra dah sampai rumah Pak Uda
Petang tu ktorg pegi rumah Kak Epah kt Klang. Tu anak buah atuk Khayra. Dapat la jumpa dengan Abang Adam. Abg adam tu tak lama lagi nak dapat adik gugurl. Bestnya.
Malam tu ktorg semua pegi Tanjung Harapan. Makan time! Atuk belanja makan ikan bakar. Nyum-nyum!
Masa jalan antara parking ke tempat makan, atuk yang dukung Khayra. Untuk mengelakkan benda-benda yang tak diingini "tegur" Khayra. Ye la,kiri-kanan pokok ru besar-besar. Seram pun ada. Atuk baca ayat-ayat sikit. Malam tu Khayra tidur lena. Alhamdulillah.
21 Jun 2009 - Ahad
Pagi Ahad, lepas sarapan, Ktorg pegi Pasar Pagi kat Seksyen 13, Shah Alam. Macam-macam ada. Impian nenek dah tertunai nak pegi sini dari mama belajar kat UiTM lagi. Best tak mak?..hehe...Gambar bawah tu, Khayra geram dengan Pak Uda sebab tak bagi lampu basikal yang ada kat tangan Pak Uda tu. Mak Ngah lagi sokong Khayra buat macam tu kat Pak Uda. Haha.
Masa untuk berkemas balik. Atuk dengan nenek nak balik Melaka. Mak Ngah atuk hantar balik Cheras. Khayra nak balik Gombak. Esok kena pegi Taska. Tak boleh tidur rumah Pak Uda lama-lama.
Masa untuk balik. Masa sampai rumah, hujan turun pulak. Khayra merenung dua hari yang terindah bersama Atuk, Nenek, Mak Ngah, Pak Uda&Mak Uda. Terima kasih semua. Insyallah,kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Khayra gembira sangat-sangat.
CC,tu saje lah catatan yang anakmu catit sepanjang 2 hari kat Klang hari tu. Mesti CC suka tengok gambar cucu CC tu kan. Hehe. Ok, la mak,harap mak tak sunyi dok office tu. Nanti Ana update cerita Khayra lagi tau. Salam sayang dari kami Ana, Erul & Khayra :)
Post a Comment