Kena Gigit

Entri ini khas buat si comel mama, Khayra. Nanti Khayra dah besar,dah pandai baca..mama nak Khayra baca yang ini ye..
Hari ini 09.09.09 bersamaan hari Rabu. Pukul 12tgh tadi mama dengan papa pegi Jalan TAR.Nak cari baju Raya untuk Khayra,Mama dan Papa.Dah puas tawaf Jalan TAR dan Jalan Masjid India,mama tak sedar dah pukul 2.Sepatutnya waktu untuk mama datang taska.Dah setel semua dan kaki dah lenguh, mama datang juga.Papa pun pesan suruh tengok Khayra.Walaupun penat,hati mama tak sabar-sabar nak jumpa Khayra.
Bila mama sampai kat taska,mama tengok Ibu An tengah suapkan Khayra bubur.Mama datang kat Khayra,tapi Khayra pandang mama dengan pandangan sayu.Bulu mata Khayra yang panjang tu basah,macam lepas menangis.Mama tanya kat Ibu An,Khayra menangis ke?Ibu An dengan rasa bersalah mengiyakan.Tapi mama tak rasa apa-apa lagi sebab memang tau yang Khayra kadang-kadang nangis kat taska bila Ibu An takde depan mata.
Mama peluk Khayra.Mama cakap-cakap dengan Khayra.Khayra peluk mama balik.Masa tu lah Ibu An cakap yang Khayra baru lepas kena gigit kat ibu jari tangan kiri.Mama terus cek.Ya Allah,merahnya.Ibu An dah sapu minyak gamat tadi. Sebenarnya mama macam nak nangis bila tengok Khayra macam tu.Tapi mama tahan.Taknak menampakkan yang mama terlalu marah atau sedih.Mama cium jari Khayra.Tiup perlahan-lahan.Walaupun Khayra dah tak rasa sakit lagi,tapi mama rasa bersalah sangat.
Cerita Ibu An,ada sorang baby ni dah mula menggigit baby lain.Nak test gigi kot.Mula-mula tadi,Khayra seolah-olah macam tunggu mama datang.Asik pandang pintu je.Sebelum tu memang Khayra dah makan.Tapi disebabkan mama tak datang lagi,Ibu An bagi lagi bubur.Masa Ibu An nak amik bubur kat pantri,Khayra ikut merangkak ke pintu pantri tu.Tadi Khayra elok-elok je kat tempat sendiri.Kebetulan baby yang kuat gigit tu ada kat pintu,maka terjadi la aksi menggigit jari.
Ibu An sempat datang masa baby yang menggigit tu dah lepaskan jari Khayra.Khayra menangis sakit.Aduhai,kesian anak mama. Mama rasa bersalah sangat.Kalau mama datang on time,mesti Khayra tak kena gigit kan.Tapi mama kena faham,kat taska macam-macam boleh jadi.Mama tak salahkan pengasuh atau baby yang menggigit tu.Mama tak salahkan sesiapa.Mama salahkan diri mama sendiri.
Lepas Ibu An abis cerita,mama pergi susukan Khayra.Selalunya kalau apa-apa terjadi,contoh Khayra jatuh atau terkena sesuatu,mama akan terus menyusukan Khayra.Macam terapi.Khayra menyusu sambil mama urut jari Khayra.Akhirnya Khayra tertidur kekenyangan dipangkuan mama.Sebelum mama hantar Khayra kat tilam,mama cium pipi Khayra puas-puas.Mama rasa bersalah sangat.Maafkan mama ye sayang.Mama terlalu sayangkan Khayra.Mama tak sanggup tengok Khayra disakiti.Mama harap mama tak nangis.
9 Responses
  1. mrsharis Says:

    alamak..siannya khayra..sape yg gigit? Takut gak kalau2 dia gigit nuha


  2. Hanna Says:

    Anak Ibu Lin..sorang je yg dh ada gigi..


  3. alahaiiii.... sian khayra... sib baik tak putus.. cepat baik yer cayang....


  4. papaKhayra Says:

    aku nak saman taska!!! sbb diaorg yg jaga budak2 ni...


  5. sI tEDI Says:

    erk papakhayra...

    ALhamdulillah tiada yg terus.

    pesan kepada penjaga taska.. lain kali lebih beri perhatian kepada budak2.


  6. baby nak tumbuh gigi tu..


  7. siannya khayra..mesti skit sgt.merah tu..


  8. Hanna Says:

    hazlina

    khayra dah baik dah auntie lina..hehe..thanks..

    papaKhayra

    sabar syg..kwan2 semua,papaKhayra ni sgt2 manjakan Khayra..dia tak bole dgr Khayra mcm tu..skrg papaKhayra dah ok..teremosi sikit ari tu..yg penting papaKhayra orgnya baik hati :)

    s| tEDI

    thanks tedi sebab concern..moga baby lain pun tak kena mcm Khayra..

    Khalishsafiyya@nina

    dah tumbuh byk dah nina..huhu..

    naz

    sakit..menagis jugak la dia


  9. hadiS Says:

    huhuhuuuu....
    itulah kasih syg seorg ibu...
    bila kita dah ada ank sendiri br kita mengerti semuanya.... kasih syg dan sebuah pengorbanan;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...