Hujung Minggu Bersama Mak Ngah


Disebabkan Mama Khayra tengah belajar photoshop,entri untuk minggu lepas baru la dapat publish.Sebab kena edit gambar dulu.Kata baru belajar kan.So,memang lembab sikit la nak mengedit.Terkial-kial lagi.Itu belum lagi papa ajar yang intermediate.Baru beginner.Boleh la labu..

Disebabkan hujung minggu hari tu papa busy dengan custom album,so aku pun ajak la adik yang duduk kat Cheras datang rumah ktorang kat Gombak.Tujuannya nak mintak teman keluar jalan-jalan.Tak nak ganggu papa buat kerja.Lagipun Khayra selalu kacau.Huhu.So,destinasi kitorang hari Sabtu hari tu pegi Jusco Wangsa Maju atau Alpha Angle.



Waktu ni Khayra taknak didukung.Peh,seronok betul dia dapat lepas.Merayap sana-sini.Aku tak larat nak kejar dia lari.Kang mau dia hilang kat celah orang ramai,nangis tak berlagu aku.Tapi tempat-tempat yang dilarang masuk pun dia redah je.Yang aku tak tahan,dia boleh feeling tengok gambar orang cium-cium kat area perfume tu.Alahai,anak mama...





Kitorang ni tak de tujuan sangat pegi situ.Dah nama berjalan-jalan,so kitorang pun jalan je la.Tak gi shoping langsung.Sambil-sambil tu tengok orang buat donut kat "Big Aple".Syok betul tengok orang celup-celup donut tu.Adik aku asik cakap "Kak,kalau senang camni,kita pun boleh buat."Iyo lah,akak nak pasni ko buat donut sebijik rasa macam kat "Big Aple" tu. Aku tapau untuk papa donut set 6 ketuiTapi yang pasti muka kitorang dah 4-5 kali lalu lalang kat situ.Muahaha.





Pas jalan-jalan,pastu duduk.Jalan lagi,duduk.Itu lah keja kitorang.Memang takde tujuan.Khayra dah start bunyik2.aku tau dah time susu dia.Pegilah cari nursing room.Takde rupanya.Aku bukannya selalu lepak kat situ.Tak familiar sangat.Pegi tandas,kot-kot ada tempat tersembunyi ke,takde gak.So,amik gambar la kitorang.






Kena jugak breastfeeding Khayra.Last-last kitorang lepak kat surau.Boleh lah Khayra menyusu dengan amannya.Tengoklah muka Khayra yang kekenyangan dengan susu mama dia.Comel!








Pukul 4 Mat Kacau datang bagi belon.Sebenarnya Khayra dah dapat dulu belon tu.Mama yang mengendeng kat akak yang tiup belon tu.Dapat la sebijik.Pastu time Mat Kacau bagi belon,tadah tangan lagi.1st belon adik aku pegang.Macam belum dapat pape lagi.So,Khayra dapat 2 bijik belon.Tak senonoh betul aku ni kan.Hehehe.Khayra bukan kenal sangat Mat Kacau tu.Tapi layan je.Khayra tengok sibuk perhatikan Mat Kacau.Dia bukan kisah berdiri sorang-sorang.Lagi dia yang pegi Kacau Mat Kacau ada.Haha.





Pic with Mat Kacau.Sebenarnya Mat Kacau yang nak amik gambar dengan kitorang.Muahahaha!




Mak Ngah belanja makan kat McD.Aku baru tau prosperity dah ada balik.Cepat betul.Raya cina bila ek?Tapi yang penting,Mak Ngah memang baik hati.Hehehe.puji ada makna ni Khayra tahan pedas makan curly fries tu.Banyak betul dia makan.Aku bagi suku je.Bbawak gak bekal bubur dari rumah.Nasib baik makan bubur dulu.Kalau tak,memang dia tak pandang.Licin curly fries tu Khayra kerjakan.


Masa balik,aku susukan Khayra lagi.Aku dah agak mesti dia tidur.Nak suruh adik aku drive,dia tak familiar sangat area situ.Pas Khayra betul-betul lena,aku pass Khayra kat pangku adik aku pulak.Tadi aku duduk kat seat sebelah driver.Bayangkan macam mana aku pass Khayra kat adik aku tu.

Balik rumah,hujan turun dengan lebatnya.Nasib baik sempat masuk rumah dulu.Papa dah rindu dendam dengan kitorang.Rasanya inilah pertama kali jalan-jalan papa takde.Khayra tidur sampai maghrib...






1 Response
  1. boleh diperbaiki lagi..teruskan usaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...