Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mencik! Mencik!

Aduyai..busy betul la minggu ni.Nak jengah blog pun tak sempat.Cerita Ikan Sekot @ Serkut tu abih macam tu je.Aku tak sempat nak buat follow up.Tapi aku dah tanya mak aku dah,dia cakap Ikan Serkut tu macam Ikan Merah tapi dia kaler putih.Macam mana tu?Nanti kalau ada perkembangan terbaru pasal Ikan Serkut tu,aku bagitau ok.Hehehe.

Kalau ikutkan,dah berhari-hari aku dok peram je post baru.Banyak yang nak cerita-ceriti ni.Hujung minggu pulak busy dengan Khayra.Memang tak sompek nak hapdet blog.Banyak gambar yang nak haplod.Semua gambar Khayra dan aktiviti dia.Aktiviti kitorang memang ada setiap minggu,tapi tak terpost pulak.




Minggu ni saja,dah dua kali Khayra dan Papa teman aku kat ofis lepas office hour.Sampai Khayra tertidur-tidur kat bahu papa dia.Kesiankan.Hubby pun kesiankan gak.Sanggup tunggu,walaupun mata dah merah-merah tunggu aku.Pastu nak tempuh jem balik rumah pulak.Kt KL ni lepas pukul 6,kalau bawak kereta memang la jem teruk sangat-bangat.Takleh nak cerita la teruknya.

Cepat la,aku nak cuti ni.Penat mental.Busy sangat.Mencik!Birthday Khayra pun dah dekat.19 Disember hari Sabtu.Tak prepare apa pun.Buat kecil-kecil je kat kampung.Minggu depan harap-harap aku tak busy lagi.Huhu.Boleh aku update cerita birthday Khayra nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...