Sesapa Tahu Apa Itu Ikan Sekot?

Isy..isy..isy..susah benau nak update blog skerang ni.Asik tak menyempat je.

Oklah,nak cerita sikit ni.Hari Ahad ari tu,pukul 8 pagi 3 beranak ni dah tepacak kat Pasar Tani Danau Kota.Walaupun Ahad,bangun tetap pagi tau.Itu disebabkan jadual bangun tidur Khayra yang tak berubah Monday to Sunday.Huhuhuhuhu.

So,hubby bagi idea nak masak apa tengah hari tu.Dia suruh masak sup ikan.Ya!sup ikan.Yang nyata aku memang tahu nak beli ikan apa.Sekarang ni aku nak tanya sesapa kenal nama "Ikan Sekot"?Ikan tu memang sedap buat sup.

Kalau kat Melaka,mak aku panggil ikan sekot,mak mertua pun panggil ikan tu ikan sekot.So,secara automatik aku pun panggil ikan sekot.Sekarang ni yang aku musykil...kenapa aku tanya kat orang jual ikan kat Pasar Tani tu,semua tak kenal apa itu ikan sekot?!

"Bang,ikan sekot ada tak?"

"Apa dik,ikan apa tadi?"

"Ikan sekot"..Sambil perlahankan suara.

"Ikan apa tu,ada nama lain tak?"..kata abang ikan tu sambil senyum.

Alahai malunya aku.Agak-agak korang,kat KL ni orang panggil ikan sekot tu apa?Nanti senang la aku beli kat pasar tadi.Bukannya aku tak tanya kat gerai lain,tanya.Tapi semua orang senyum.Malu makcik tau.

Ikan tu bukan ikan merah atau ikan siakap.Tapi memang sedap dibuat sup.Aku takde gambar nak tunjuk camne rupa dia.Kalau ada sesapa tahu nama glamer ikan tu tolong bagitau saya ye.Kerjasama anda amat saya hargai.Cewah!
8 Responses
  1. mrsharis Says:

    pe kata ko gugel nama ikan tu dik..kot2 dia pun glamer gak..


  2. ieja Says:

    1st time ija dengar nama ikan ni...kalau tanya ieja compom 200% ieja tak tau....teringin gak ieja nk tengok ikan sekot tu....


  3. akak pun tak pernah dengar ikan sekot!

    kalau dapat gambarnya tunjuk dalam blog ni ye...

    sorry byk2 sbb tak dapat bantu Hanna.


  4. Mummy Aqil Says:

    daku xpenah dgr nm ikan sekot.. kalu dah jmp, tepek k picca. tingin gak tgk..


  5. ikan..sekot kak?dah mcm bunyi ikan kod dah..eh..tak sama ek?


  6. Hanna Says:

    mrsharis

    sy dh gugel dh kak,p x jumpa pun..huhu..

    ieja

    1st time dgr ye..member2 sy pun mcm tu gak,br dgr nama ikan tu..

    ibu emy efy eqy

    xpe kak,nnt kalau sy blk kg,sy amik gmbr ikan tu ye :)

    Mummy Aqil

    mu doa2kanlah daku dpt jumpa ikan tu secepat mgkin..boleh ku tepek nnt..makin glamer dh ikan tu skrg..agak2 mesti dh sombong dh..haha..

    Naz

    tu la pasal,member akak pun ckp ikan kod,tp bukan ikan tu..mungkin ejaan dia ikan serkut kot..mmg sedap dibuat sup dan asam pedas..nyum2!


  7. s.rosl Says:

    Erm..kalau tak silap saya la ikan serkut tu ade juga orang panggil ikan gerut-gerut..tapi kalau saya silap tolong betolkan la ye..:)


  8. Anonymous Says:

    serkot@white snapper@jenahak putih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...