Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Alhamdulillah...Khayra Dah Setahun..Sob,sob,sob..

Hari Sabtu hari tu bersamaan 19 Disember 2009, anakanda puteri kesayangan kami Khayra Nur Rania genap berumur setahun.Aku bersyukur padamu Ya Allah,kerana dianugerahkan puteri yang comel dan bijak.Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat digambarkan betapa kami terlalu sayang kepada si comel Khayra.

Tiada sambutan besar-besaran yang aku dan hubby buat.Cuma meraikan secara kecil-kecilan bersama keluarga di kampung.Kebetulan keluarga sebelah aku tak dapat bersama,so hanya adik-beradik hubby je yang ada.My PIL pun takde.Diorang bercuti ke Langkawi ikut rombongan kat taman perumahan.




Happy 1st Birthday Khayra.Sticker ni aku guna untuk goodies nak bagi kawan-kawan Khayra kat Taska.Macam biasa,designed by Papa.





Birthday Cake Khayra yang aku tempah kat Kak Juliah.So sedap.






Wajah Mama&Papa yang keriangan kerana anak yang membesar depan mata berumur setahun dah.[sebenarnya saja nak enterframe]






Sebelum gerak pegi potong kek,singgah dulu kat kedai gambar.Amik gambar Khayra setahun.Tapi Khayra tak senyum sangat.Almaklum baru bangun tidur.Kejang je.Penat aku mengagah.Macam-macam gaya aku buat.Sampai Khayra pun heran tengok aku lompat bintang sorang-sorang.Hahaha.






Birthday Girl...Khayra Nur Rania bt. Khairul Nizam.






i'm lovin it



Khayra suka lagakan gigi bawah dengan gigi atas yang baru nak tumbuh tu.Itu pasal mulut dia senget.Hehe.








Adik-beradik my Hubby.Yang takde,adik lelaki dia dan PIL.Kat belah hubby,Khayra ada dua orang sepupu.Dua-dua kakak.Yang lelaki belum wujud lagi.Peace :)






Antara present yang Khayra dapat.Alhamdulillah.Yang penting,hadiah pertama Khayra dapat dari nenek Umbai dia.So,hadiah tu dok paling atas sekali.[boley gitu?]


Itu lah antara sambutan kecil-kecilan Birthday Khayra.Alhamdulillah...Macam tak caya je Khayra dah setahun.Baru hari tu aku dok usung perut.Huhu.Tanpa disedari masa berlalu dengan cepat.Apa pun aku berdoa agar Khayra menjadi anak yang solehah,taat,hormat orang tua,bijak belajar dan diberi kesihatan yang baik.Amiin.
8 Responses

  1. comelnya khayra bergaun fefelll putih... :)
    hepi bday khayra!


  2. ibu wawa Says:

    happy besday khayra...
    acik wa cubit pipi, boleh?

    acik wa doakan semoga khayra membesar menjadi anak yang solehah kepada papa dan mama...


  3. Hanna Says:

    beliKek

    Thanks ye papa coz bayar duit kek (^_^)

    mama | sarah |syimir

    thanks kak..hehe..gaun tu sempat saya alter kat belah bahu..kalau x,gelebeh je..haha.

    ibu emy efy eqy

    terima kasih acik wa,pipi khayra mmg utk dicubit...terutama papa dgn mama khayra..huhu..

    amiin,thanks kak salwa :)


  4. papaKhayra Says:

    Tahniah utk mama khayra kerana secara x langsung mama khayra dah fully BF selama 1 tahun ;)


  5. -ana kwn lina- Says:

    kak,tgh cr besday gown utk anis..belek2 tertgk khayra pnye gown..mane bli ek kak??huhu..


  6. Hanna Says:

    ana, akak beli kat Maju Junction,KL..ada booth jual baju budak..cantik2..semuanya jenis gaun..meh la dtg sini beli utk anis..hehe..


  7. Anonymous Says:

    oyeke..wokey2..nnt nk g..hehe..nk bli on9 cm takot dpt xpuas ati je nnt..k kak..thnx..hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...