"New Seat" and Little Green Poney Khayra

Sekarang ni,banyak aktiviti Khayra yang menggunakan imaginasinya.Memperkenalkan new seat Khayra ---> Laptop mainan<--- Ia kawan-kawan,itulah yang dia tengah syok duduk atas laptop dia tu.Khayra imagine yang dia tengah duduk atas kerusi.Sebab ada penyandar.Huhu..




Syok betul lepak atas ni









Terima kasih mama sebab bagi hadiah laptop.Buleh Khayra jadikan tempat duduk.[menangis mama]







Oklah.Mari kita cek,mana tau laptop ni boleh jadi tempat makan ke,kereta sorong ke,peti ais ke,ke,ke dan ke lagi..




*************************************************************************************

Ni pulak pasal little poney yang papa belikan untuk Khayra.Al-kisah,Khayra minat sangat kat poney ni,sebab kat taska memang ada menatang tu.Khayra dah jadikan binatang peliharaan dia kat taska tu.Jangan sentuh,dia punya.Budak-budak kat taska kena tunggu turn.Sebab asik Khayra je main.

Malam Ahad lepas,kitorang pegi kuar beli barang kat Plaza Idaman.Sabun basuh dah abis daa.Dalam keta lagi Khayra dah aim kuda dia ni yang display kat luar kedai.Sama kaler pulak tu dengan kuda dia kat taska.Papa pegi survey dulu harga dia.Eh,boleh beli ni.Pas pegi makan and beli barang,barulah kuda hijau tu jadi milik Khayra.Dalam keta lagi Khayra dah rasmikan.Sungguh tak tahan.




Khayra dengan bangganya bawak "Kiki" jalan-jalan naik poney dia.Sambil bunyik "Kuduk-kuduk-kuduk"







Call papa,tapi tak jawab.Khayra geram.Takpelah,Khayra call kawan-kawan kat taska la [hari tu khayra ponteng taska,mama cuti-tapi papa keja]






Muncung sedepa.Sila abaikan pemandangan rumah Khayra tu ye.Memang dah jadi taska kedua dah.Tak boleh nak kemas.[alasan]


4 Responses
  1. ieja Says:

    cutenya poney khayra...kenapa tak jumpa pun kat sini(sg petani )....cam dah terbekenan la...


  2. Hanna Says:

    ieja

    ari tu sy terjumpa kt kedai jual mainan budak2..try cr kt carefour atau giant..mesti ada,tp harga mahal sket la..huhu..


  3. alah..hijaunya poney kak khayra..kak khayra..suruhlah kiki turun..bagilah rikazz tumpang poney hijau


  4. Hanna Says:

    mari rikazz kakak khayra bwk rikazz jln2 kt gombak ni..pegang betul2 tau - kuduk,kuduk,kuduk!..hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...