Jalan-Jalan Klang
3 hari cuti memang best.Hari ni saya sambung cuti lagi.Woohoo.Best! Tapi bukan cuti duduk sesaja.Cuti untuk laundry baju bajan sepanjang 3 hari bercuti ke Klang.Ceh, bajet cuti ke oversea, Klang pun jadilah.Haha.16 September hari tu saya & family berkonvoi dengan mak&ayah saya gerak ke Klang.Kitorang akan tinggal di rumah adik lelaki saya.Adik bongsu saya yang belajar kt Ipoh pun turun Klang jugak.Dia naik ketapi (seriyes saya tak pernah naik kenderaan ni) turun kat Rawang, pastu naik bas pergi KL Sentral.Kat sana adik perempuan saya (Kak Ngah) akan pick up Anoi terus pergi Klang.
So, berkampung lah saya adik-beradik duduk rumah Bang Uda.Dan inilah first time Khair Amsyar travel jauh sikit.Khayra dah biasa travel ni.Masa dia kecik-kecik dulu kitorang dok Gombak, so Melaka-KL setiap bulan.Dak Adik pulak tak biasa, kejap-kejap stress.Asik nak jerit, pastu tak duduk diam.Dia rimas duduk dalam keta lama-lama.Nasib baik Kakak ada boleh ajak main.Kalau tak dengan mama sekali stress.Kitorang gerak dari Melaka pukul 10 pagi, dalam pukul 12.30 baru sampai Klang.Sampai je rumah Bang Uda, ayah saya dah bersilat kat dapur buat nasi beriyani.Terer kan.Ayah saya ni detail orangnya.Dari rumah lagi semua bahan dia dah siapkan.Cuma nak masak je.Mak saya pun dah masak lauk ayam masak merah dari rumah.Ayah pulak masak daging beriyani, tinggal santan je dia lom masukkan.So, tengah hari tu kitorang makan nasi beriyani panas lengkap dengan daging beriyani dan ayam masakm merah.Terbaek!
Bila semua dah kenyang, aktiviti petang tu beraya kat rumah saudara-mara area Shah Alam.Balik rumah dulu pastu pergi Shah Alam balik nak pergi i-City. Frust betul time sampai je, hujan rintik-rintik bermula.Aduhai.Dengan payung lagi, dengan dukung budak lagi.Tak syok.Mak&Ayah tak ikut, diorang dah pergi.Nasib ada bibik yang tolong, Mak Su & Mak Ngah.Nak amik gambar pun tak banyak.Walaupun tak lebat, tapi saya tengok ada parents yang selamba je tak tutup kepala baby diorang.TAk takut demam ke?Alhamdulillah, walaupun Khayra ligat jugak taknak berpayung, nasib tak demam.
Singgah kat R&R Dengkil. Amsyar dan Atuk
Khayra yang teruja dengan toys Zulaikha.
Asmyar gumbira
Encik tuan rumah.
Adik yang heran tengok benda bergerak kat atas tu.Jari tu siap tunjuk.
Benda ni lah yang Khair Amsyar heran tu.Yang kelakarnya kita kena kayuh kalau nak laju.
Khayra tanpa ditanya siap cakap "Mama, kakak tak nak naik kuduk-kuduk tu tau" Dasar penakut.
Esoknya, lepas sarapan mak ajak pergi GM Klang.Nak tengok gak apa yang nenek Khayra selalu sebut kalau pergi Klang.Pergh!Sorgaa soping.Nasib la belum gaji,kalau tak dah berbungkus-bungkus saya rembat tau.Tengok je la.Pau papa baju selai, pastu beli jam bunyik-bunyik untuk Khayra dan Khair.Tu je la, takde mood nak shoping.Lepas tu saya berpecah dengan family lain, kitorang gerak ke Sungai Buloh, beraya rumah kawan hasben.Thanks ye Mama Dania sebab hidangkan lontong goreng.Sedap tau.Saya tambah dua kali.Lepas tu ke Gombak pulak, beraya rumah kawan hasben lagi.Sebelum tu saya mintak hasben singgah kat rumah sewa lama.Rindu nak tengok.Rumah tu banyak kenangan.Tengok bumbung pun jadilah.Khayra pulak dah tertidur, kalau tak boleh tunjukkan rumah masa mula-mula dia belajar meniarap, merangkak dan berjalan.Sangat touching.Lepas raya Gombak pastu ke Keramat rumah Mak Andak, mak sedara hasben a.k.a tuan rumah sewa kat Gombak tu.Dia cakap rumah sewa tu dia dah pecah dua.Tak taulah camne rupa dalam tu.Tapi rumah yang kitorang duduk tu memang besar.Kalau divided dua pun still boleh buat rumah lagi.
Dari Keramat baru gerak ke Klang balik.Pergh! Jem giler.Keluar dari rumah Mak Andak pukul 7 ptg, sampai kat rumah Bang Uda cecah pukul 9 mlm.Krem kaki.Banyak kali tempoh jem.Bosannya.Malam tu kitorang tidur lena.Letih.Esoknya lepas sarapan baru siap-siap balik Melaka balik.Mak&Ayah balik kemudian sebab hantar adik bongsu saya naik bas kat bustand Klang balik ke Ipoh.
Amik gambar dulu ok
Semua ada.Alhamdulillah.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik kitorang tak tempuh jem.Cuma hujan selebat-lebatnya.Kat Seremban dah tak hujan.Sampai rumah pukul 1.30 tgh.Mak saya yang gerak dari Klang pukul 2.30 ptg, sampai ke Melaka cecah 6.30 ptg.Banyak eksiden pastu jem.Adik saya dah sampai Ipoh dulu, mak & ayah sangkut lagi dalam jem kat highway.Oklah, saya nak sidai baju lagi.Ni trip yang ke-3.Tapi tak agak-agak kat luar dah hujan.Mana saya nak humban baju-baju ni.Esok kerja.Chow!
Post a Comment