Berhari Raya Di Office
Pada 23 September 2011, hari Jumaat hari tu - bersamaan Birthday Adik Khair - saya arrange kan Jamuan Hari Raya kt Unit saya.Suppose nak buat hari last Syawal (28.9.2011 - Rabu), dah siap order dengan katerer buat hari Rabu.Tapi memandangkan Datuk CEO kata hari Jumaat dia free, terus cancel & buat hari Jumaat.Nasib baik saya dapat katerer terbaik.Semua makanan dia dapat siapkan. Bayangkan saya inform tukar tarikh hari Rabu, nak buat jamuan hari Jumaat.Terer tak terer la.
Hasil perbincangan semua staff & ikut menu tekak saya ialah :
- Sate Ayam & Daging
- Nasi Impit
- Bihun Soto
- Lemang
- Rendang Ayam
- Sambal Udang
- Air Sunquick
- Aneka Tembikai / Orrange
- Karipap
- Aneka Kek
- Dadih & Jelly
- Nugget & Sosej
- Kuih Koci
No. 1 - 7 antara juadah yang diorder dan No.8 kebawah pot luck oleh staff.Sangat teruja dengan pelbagai makanan.Jemputan saya tak ramai, dan kitorang start pukul 12.30tgh - 4.00 ptg.Oleh sebab hari Jumaat, tetamu datang lepas Solat Jumaat.Jadinya kitorang serbu makanan dulu.Sungguh tak sopan (sambil geleng kepala).Sebelum jamuan, kiotrang gotong-royong siapkan juadah mana yang patut.Dah macam kenduri pulak kat ofis tu.
Potong tembikai.Sekarang ni sape-sape yang nak upah saya potong tembikai boleh contatct, sebab saya dah pro.Hahaha.
Muka orang yang sungguh-sungguh siapkan kenduri.Konon.Padahal order je.
Orang belah kanan Datuk CEO.
Yeah! Semestinya dia orang pertama yang melantak.Depan tray pulak tu.Senang tambah katanya.Mak siapa la ni.Ish.Ish.Ish.Sedey!
Mari berfotogedik
Antara juadah.Sila telan air liur.
Antara tetamu yang hadir.
Ko tengok tu, habis lauk kena tapau.Nasib baik tetamu datang ikut jadual.So, pukul lepas pukul 4.00 kitorang dah start senseng lengan.
Alhamdulillah, rezeki.Semua merasa, adil dan saksama.
Outdoor shooting. Sangat skema.
Gaya Bebas.
Ok, cukup.Saya dah tapis banyak gambar.Segan tengok aksi gedik sendiri.Huhuhu.
Thanks kepada semua staff yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan jamuan Hari Raya ni.Korang memang best.Tahun depan buat lagi ok.
Post a Comment