Small Birthday Party For Khair Amsyar

Last Saturday, Mama&Papa buat Birthday Party untuk Khair Amsyar.Macam kesian pulak kalau tak buat apa-apa.Masa Khayra setahun Mama buatlah jugak party (walaupun hanya family jek) siap order kek lagi.So, petang tu belikan kek kat Secret Recipe and KFC.Venue adalah rumah nenek kat Pulai - Nenek Jem. Walaupun buat kecil-kecilan tapi meriah sebab ada mak-mak sedara Khair yang kecoh tu.Sepupu ada 2 orang je.Campur dengan Khayra, cucu Nenek Jem ada 4 orang je.Khair amsyar adalah satu-satunya cucu lelaki.Alhamdulillah.

Mula-mula pasang lilin dulu.Khair Amsyar dah teruja dengan api lilin.Siap nak cucuh jari kat situ.Nasib baik mak kau ni ada nak oi.

Sebatang lilin.
Mak dia yang sungguh-sungguh tiup.Nampak kurus pulak kat situ. Hehehe.

Antara kanak-kanak yang ada. Baju biru tu Hani Emelda, baju kotak-kotak merah Nor Alia Afrina dan yang budak botak tu Baby Adwa - Nenek Jem jaga.
Masa untuk Family Potret. Tengah siap-siap.Tengok kakak tu, siap betulkan rambut lagi.anak dara la katakan.

Kakak pakai topi jugak tau.Adik dari tadi tak bukak-bukak topi dia.

Ok mama dah tercalit krim.Ter tau, bukan sengaja.Sedap jugak.Nyum-nyum.

Ready.1..2..3...Say kek! Mama & Papa teruja pandang kamera, anak-anak pandang tempat lain.Haih...

Jom potong!

Thanks Kakak Alia & Kakak Hani.Khayra ingat hadiah tu untuk dia.

Ok, Birthday Boy dah rimas pakai topi.Mari kita makan kek.

Alhamdulillah selesai acara makan-makan kek petang tu.Takdelah mama rasa ralat tak buat apa-apa unuk Khair Amsyar.Dah besar dah anak mama.Kakak awal-awal dah claim Birthday dia tahun ni pun nak tiup lilin lagi.Oklah, mentang-mentang dia faham.Kena ikutkan ajelah.
7 Responses
  1. mrsharis Says:

    sukanyer tgk gambar kakak khyra dlm gmbar no 2 last tu..comel dia senyum..


  2. Hanna Says:

    anak dara tu payah nak senyum dpn kamera..sesekali tgk senyum baru lah nmpk lain sket..nuha pun mcm tu jugak ke kak?



  3. epi besday khair amsyar..sekejap je dah beso


  4. Hanna Says:

    Mrs Nageb
    seronok bila tengok anak2 happy..sgt suka :)

    Naz Nur Nhazzla
    Thanks aunty nazz..x sedar dh setahun ms berlalu..cpt anak2 ni membesar..alhamdulillah..


  5. eis Says:

    lama tak komen blog hanna, nak komen senyuman hepi kakak khayra masa ambik hadiah tu hehe..betul2 macam hadiah tu dia punya hihi.


  6. Hanna Says:

    hai eis..rindu nk baca blog eis..org tu dh jd bisneswoman, kena lah commit dgn bisnes ye tak?hehe..tu la, sekarang ni hadiah tu dh mcm reta khayra dh..asik2 dia je nk guna..kesian dak adik..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...