Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Khair Amsyar Genap Setahun Dalam Kalendar Islam

Khair Amsyar dah genap setahun masa 14 Syawal hari tu.Kalau bulan omputih belum setahun lagi.23 September 2011 baru setahun.Teringat 1st Syawal tahun lepas, perut saya dah senak macam nak bersalin.Semua orang dah risau tengok saya kerut-kerut muka tahan senak.Rupa-rupanya senak makan ketupat, rendang, lemak yang amat banyak.Bajet untuk stok sampai bersalin.Takut tak sempat nak merasa.Lorat.Kalau ikut EDD saya akan bersalin 10 Syawal.Tu pasal yang lorat sangat takut tak sempat nak beraya.Makanan yang saya hadap sangat.Sekali dak Adik keluar 14 Syawal daa.

Alhamdulillah, sekejap je Khair Amsyar nak setahun.Jalan dah laju.Kejap je dah mencicit lari.Sangat manja dengan mama dan papa.Suka berkawan dengan kakak.Kadang-kadang kakak je yang sombong tak nak kawan dengan adik.Kat taska dah kena pindah kelas.Kena duduk dengan baby 1-2 tahun.Tak boleh campur dengan baby lain sebab Khair dah lasak berjalan, takut dia pijak baby kat tilam.Cuma cakap je belum banyak lagi.Setakat  mama, papa, kakaak tu boleh la..yang lain-lain dia selesa cakap uuuu.Compare dengan kakak dulu lagi keletah.Umur 7 bulan dah boleh mintak air.Dasat kakak, sampai sekarang makin Kak Nam.

23 September nanti tak tahulah nak buat majlis untuk adik ke tak.Masa Khayra dulu buat jugak, tapi kecil-kecilan je kat McD.Jemput adik-beradik je.Insyallah kalau ada rezeki lebih, saya akan buat.Kalau tak buat pun, memadai beli kek sambut kat rumah je.Biasa lah anak sulung semuanya boleh.Dah yg ke-2,ke-3 ala kadar je.Bias!

Apa pun, mama doakan Khair Amsyar jadi anak yang soleh, dengar cakap mama&papa, bijak dan sihat. Sampai sekarang Adik masih fully bf dengan mama.Alhamdulillah.
2 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    Sekejap je dsh besar kan....huhuhu


  2. Hanna Says:

    dan kita pun kejap je dh tua..huk!huk!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...