Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Happy 1st Birthday Khair Amsyar

Alhamdulillah, pada jam 6.57 am bertarikh 23 September 2010 (Khamis) saya telah selamat melahirkan baby boy yang comel, anak kedua kami seberat 3.0kg.Kelahiran ini melengkapkan ahli keluarga saya dengan dianugerahkan anak sepasang perempuan dan lelaki.

Khair Amsyar bin Khairul Nizam kini telah 1 tahun.Sangat manja, bukan dengan mama je, tapi manja dengan papa dan kakak.Suka didukung walaupun dah pandai jalan masa umur 9 bulan setengah.Ada 5 batang gigi.Suka makan dan tak akan menolak apa saje makanan yang diberi.Hari ini juga saya telah setahun fully breastfeeding Amsyar tanpa tambahan susu formula, syukur alhamdulillah.

Semoga Khair Amsyar membesar sebagai anak yang bijak, sihat dan soleh.Mama, Papa & Kakak sangat sayangkan Adik.MMUUAAH!
2 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    happy birthday khair amsyar....:)


  2. smoge amsyar bijak dan jd ank yg soleh :) amiin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...