Jadi Housewife Kejap

Salam semua..

Rutin menjadi housewife dalam tempoh cuti bersalin ni amat menyeronokkan.Pagi-pagi kena gerakkan Kakak & Abang bangun. Kena mandi dulu baru pegi taska. Eh, dok rumah pun hantar anak pegi taska ke? Kena. Sebab belum confident nak jaga budak 3 orang tu tanpa papa dia.T_T

Masing-masing makin lasak sekarang ni.Kakak kerja dia nak menyepahkan rumah dengan buku dan mainan.Dak Abang pulak tak boleh tengok Adik Baby menyusu, dia pun bergasak nak menyempil jugak.Kalau tak dapat melaung.Satu taman boley dengar.Pastu kalau time ok budak 2 orang tu, bagus lah.Tiba time gaduh, dua-dua nak nangis.Plus baby kalau bunyi bising pun, dia sibuk nak nangis gak.Last-last mak kau ni yang melalak.Huwaaa!!

Kalau ada papa, boleh lah dia tolong handle.Papa kerja, so anak-anak pun sekolah lah ye.Heee.Lepas semua dah mandi, jom gerak ke taska.Baby pun saya mandikan sekali.Senang.Dah wangi semua barulah confident nak bawak anak keluar.

Amsyar dah naik pangkat duduk carseat kat belakang.Masa belum ada baby carseat sebelah mama.Nasib baik Amsyar ok.

Ni dia Kaknam kita.Kat belakang ni penuh dengan mainan dan buku.Masa ni Khayra tengah behave.Cuba kalau tak dok diam, asik nak jengah baby kat depan je.Bukan apa, takut dia terhumban kalau saya break emergency ke hape ke.

Kalau tak, dia kacau adik dia Khair Amsyar.Kadang-kadang dengar Dak Abang nangis, saya tanya sape buat? Dia tunjuk Kakak.Dak Kakak terkekeh-kekeh ketawa.Entah apa dia buat kat adik dia entah.Mentang-mentang Dak Abang tu terikat.

Ni budak Baby tu.Kena ikut mama hantar Kakak dan Abang pergi taska.Tengoklah carseat tu turun-temurun dari zaman Khayra lagi.Banyak jasanya.

Muka Khair Imran macam tak puas hati.Apehal bro?Haha.Budak sebulan setengah ni.Baik je duduk dalam carseat tu.Diam je.Baby ni macam kita jugak, kalau dah siap mandi and susu, rasa selesa lah nak keluar jalan.

Pukul 9 lebih baru sampai taska.Saje hantar lewat sikit.Dah siap mandi takpe, cikgu pun kurang sikit kerja.Haa.Amsyar yang dah naik sikit badan.Haritu checkup 1 tahun setengah, berat dia 12kg.Lenguh nak dukung. T_T

Harini bfast drivethru je.Cukup la Chicken Mcmuffin.Ada promo RM2.50 je.Bila tambah tax, RM2.65 untuk seketul burger tu.Alhamdulillah kenyang.Minum milo + oat buat milkbooster untuk Khair Imran dan Khair Amsyar.Alhamdulillah susu meriah :)

Petang kang, baru amik budak-budak kat taska.Masa nilah nak basuh baju, sidai baju, kemas rumah atau sebagainya boleh dibuat dengan tenang.Imran pun baik harini sporting bagi mama update blog.Dia tengah tidur.Jap lagi nak sidai baju trip yang kedua.Bye..
2 Responses
  1. slaam hanna,
    bila anak dah bertambah ni mmg mak dia pun otomatik kena tambah kaki& tangan ... macam sotong dah ni ... hihihihi ...

    ~mak encik beranak 3 juga :p~


  2. Hanna Says:

    Betul la kak suzie..keja kena pantas dan cepat..dan dgn pantas kita dh beranak 3 kan..hahaha..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...