Sambungan Cerita dan Aktiviti Minggu Lepas

Salam Khamis semua...

Kejap dah Khamis, esok Jumaat.Minggu depan hari Selasa dah masuk bulan Mei pulak.Memang kejap masa berlalu.Haritu baru je sambut New Year.Ish.Ish.Ish. Nak sambung kisah saya handle budak 3 orang minggu lepas.

Bila dah tinggalkan diorang tengok TV, sempatlah jugak saya masak lauk tengah hari.Simple je.Ada ayam kat dalam fridge, moh le kita buat Ayam Masak Kicap.Cukup untuk lunch Kakak dan Abang. Kalau masak sayur, memang confirm kena asingkan sayur dalam pinggan tu T_T

Dah siap masak baru boleh layan diorang.Kakak sambung tengok Upin&Ipin kat youtube pulak.Kadang-kadang dak Abang  meragam kalau tengok Baby Imran menyusu.Dia nak jugak selit.Masa ni lah kena guna power of mama.Tandem. Kiri, kanan anak-anak bergayut.Comel seyh..Hihihi..
 
 Sangat addicted dengan Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu.Senyap dua orang ni kalau dah ngadap.


 Amsyar yang keletihan. Alhamdulillah semua tidur serentak.Mungkin dah biasa kat taska tidur tengah hari, terus mata tu layu je.Dak Abang ni baru lepas nyusu badan dengan mak dia.Lagi cepat lah dia berlayar.Kakak tidur depan TV.Imran pun sama tidur.Bagus anak-anak :)


 Sementara anak-anak tidur, boleh pulak kita membaking.Tengok kat dalam kabinet dapur ada lagi tepung segera, dengan segera lah saya menggodak tepung.Taraaa! Inilah hasilnya.Dulu saya pernah buat enrty guna tepung segera ni.Meh klik sini.

Bila dah petang, alahai dak Abang bangun tidur menangis pulak.Imran dah lama bangun.Pastu Kakak pulak bangun.Kena mandikan anak-anak.Dah siap semua, barulah angkat baju kat ampaian.Pantas masa berlalu.Tunggu papa balik, baru boleh makan kek.Sebenarnya sayang nak potong sebelum papa tengok.Hee.

So far, sukses.Sebenarnya boleh je jaga budak 3 orang tu tanpa papa.Antara nak tak nak je.Huhuhu.

Pastu hari Sabtu lepas ada kenduri kat rumah mak.Insyallah 28 April ni Mak, Ayah, adik-adik saya Kak Ngah & Anoi akan mengerjakan umrah.Buat kenduri sikit panggil orang masjid dan jiran-jiran.Macam biasa ayah saya jadi MasterChef, buat nasi beriyani.Habis licin.Alhamdulillah.

 Dak Abang dengan Nenek.

 Papa jaga Baby Imran kejap.Masa ni orang lelaki tengah baca yassin kat hall.Kakak Khayra kat dapur, tengah tolong lap pinggan.Rajin tau anak saya.Hehe.

Lepas habis kenduri, benda yang paling bercinta ialah kemas rumah balik.Pergh! Dengan gagah perkasa saya angkat sofa tau.Tapi sofa tu tak angkat terangkat kalau tanpa bantuan incik hasben.Imran pun sporting, tak meragam.Lepas nyusu pastu tidur.Kalau bangun pun diam je, dia main sorang-sorang.



Saya dan Baby Imran.1st time bawak Imran keluar berdua.Masa ni pergi Mydin lepas hantar Kakak dan Abang pegi taska.Melencong jap sebab nak beli pampers Imran.Tak boleh nak merayau lama-lama, Baby Imran nak tidur kat rumah.Dia menangis, time tu la start gelabah.Lagipun Mydin baru bukak, banyak store tak bukak lagi.Motip amik gambar macam tu? Sebab nak tunjuk peha dah kecik.Hahaha poyos. Duduk rumah memang banyak dugaan makan.Tadi timbang macam dah naik sekilo je.Hasben saya bagi masa 2 buan lepas pantang, confirm badan naik balik.Cet!
2 Responses
  1. sedapnyer nampak kek tu...:-)


  2. Diksu Says:

    wah..bejalan bawa baby....ingat mgu dpn mula keje...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...