Mission : Menjaga 3 Orang Budak

Semalam baru post entry tak confident jaga 3 anak kalau papa kerja.

Hari ni ditakdirkan kena belajar camne nak handle sorang budak pompuan umur 3 tahun 4 bulan, dua orang budak lelaki umur 1 tahun 6 bulan dan sorang lagi umur sebulan 3 minggu tanpa bantuan sesapa.Dah anak awak, kena la jaga sendiri, ye tak.

Subuh tadi bangun , kat luar hujan lebat giler.Tunggu sampai kul 8.30 pagi pun still hujan lagi.Camne nak bawak budak-budak pegi taska? Memang la bawak kereta, tapi nak berjalan masuk kereta tu tempias macam hujan gerimis.Takut budak-budak demam.Especially baby Imran.Baik sambung tidur balik.Hehehe.

Harap hari ni anak-anak ku baik-baik saje. Masing-masing dah breakfast bihun tadi.So far ok.Tunggu tengah hari camne.Nak balik rumah mak, tapi mak & ayah hari ni keluar beli barang nak kenduri.Sekarang ni masing-masing tengah tengok Timmy Time termasuk lah baby Imran.

Oklah, nak kemas dapur jap.Tadi tinggalkan pas masak.Sebab bekejar Imran nangis.Sementara bebudak ok, moh ler kita buat apa yang patut.

Semua dah bersih dan wangi. Amsyar dengan Kakak kusyuk tengok TV.Imran pulak tengah berborak sorang-sorang :)

1 Response
  1. paoa Says:

    SUPER MAMA!!!
    LOVE YOU


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...