Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Hari Perjumpaan Guru dan Ibu Bapa di Tadika Kakak

 Hari Jumaat 8.11.2013 ada perjumpaan guru dan ibu bapa sekolah tadika Khayra.Perjumpaan ni untuk sain buku rekod peperiksaan tahunan sekolah.Saya datang sorang.Hasben tak dapat datang.Jauh betul nak datang dari KL ke Melaka.Lagipun just sain je.Rekod tahunan cikgu bagi bawak balik.Boleh la papa tengok result Khayra.
Masa ni cikgu Fatin tengah menerangkan pencapaian murid untuk parent tu.Saya keluar pukul 11 pagi.Sebab pukul 12.15 ofis dah start lunch hour.Ingatkan awal la, sebab lepas tu boleh bawa anak balik terus.Rupanya ramai lagi parents tengah tunggu turn jumpa cikgu.Setiap parent mestilah nak tanya macam-macam kat cikgu kan.So, amik masa jugaklah nak tunggu habis.

Alhamduillah, Khayra dapat no.1 dalam kelas untuk umur 5 tahun.Subjek sains je lemah sikit. Takpe boleh berusaha lagi Kakak.Thanks banyak-banyak kepada Cikgu Fatin yang mengajar Khayra.Jasa cikgu akan kami kenang.Khayra pun dah boleh membaca.Cepat betul anak saya dah besar. Sobs..sobss..

Hari Jumaat tadika bagi pakai baju kurung dan tudung.Kakak ngelat dah bukak tudung kat sekolah.Baju sedondon saje dengan mama ye Kak :D
 
2 Responses
  1. Tahniah..bijaknya kakak :-)


  2. Hanna Says:

    Alhamdulillah, thanks kak lieyna :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...