Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Trip Ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara

Walaupun cuti sekolah dah bermula, tapi tadika Khayra still ada lagi aktiviti yang diorg buat. Trip ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara pada 20.11.2013 Rabu haritu. Lawatan ni perlu disertai oleh ibubapa atau penjaga murid-murid.

Hasben saya volunteer ikut trip Khayra sebab saya ada jadual memerah susu untuk Imran, so rasa macam takde tempat / privacy pulah nak menjalankan aktiviti tersebut. Bayaran pengangkutan dan tikut masuk ditanggung oleh pihak Jabatan. Duit makanan je la kena bayar. Cikgu order untuk semua sekali.

Kena berkumpul pukul 7.45 pagi, bas akan bertolak pukul 8.00 pagi.Seawal-awal kitorang keluar, time tu la pulak mainroad utk ke tadika tengah korek jalan. Satu lane je dia bukak, satu lane kena tunggu.Bergilir-gilir.Grrrr!Terpaksa cari jalan alternatif, akhirnya sampai tempat bas berkumpul pukul 8.10 pagi.Macam biasa, orang yang terakhir sampai adalah Khayra...huhuhuhu...

Kesian Amsyar meleleh air mata nak ikut Tatak naik bas.Melalak jangan cakap lah.Kuat pulak tu. Apa kan daya, kita tak boleh ikut nak.Keadaan anak-anak yang masih kecil belum boleh kita ikut rombongan yang berjadual ni.Kang sorang nak yak la, sorang nak tidur la, sorang nak susu la.Lain lah kalau kita naik kereta sendiri boleh lah sesuka hati nak berenti yang kita nak.

Lepas je hantar Khayra dan papa naik bas, saya terus hantar Amsyar dan Imran pergi taska.Dekat je. Lepastu saya singgah balik tengok diorang nak gerak.


 Duduk depan sekali


 Trip ni guna 2 bijik bas besar sebijik bas kecik.Ramai kot yang ikut sebab termasuk dengan makpak dan anak-beranak sekali.Ada yang bawak 1 family.

 Gambar yang saje bagi mama jeles.#Selfie dalam bas.


Antara tempat yang Kakak pergi.Bawak bekal selai baju jalan.Kat Masjid Negara dah salin baju dah.Patutlah semua dh tunggu, sampai cikgu dia call saya kat ofis sebab dua beranak ni tak siap-siap.Incek hasben sibuk menguruskan anak dara sorang ni salin baju.Terima kasih incek hasben...much love...


Amsyar yang berlari sambut Kakak dengan papa..macam sambut orang balik haji je..kikiki...

 Alhamdulillah bas touchdown balik pukul 6.30 petang. Saya punchout ofis 5.30, so bawak Amsyar dan Imran main-main kat Mydin dulu,lepas tu baru amik Khayra dengan papa.Tak larat nak balik rumah pastu nak pergi balik Ayer Keroh nak amik diorang.Huhu...

 
3 Responses
  1. Rizziela Says:

    dah lama tak naik bas


  2. cepatnyaaa masa berlalu ye hanna ...
    akak kena banyak qada' baca entry2 lepas ni ... baru nak intai2 kawan2 blogger2


  3. Hanna Says:

    Kak Rizziela, sama la kita dh lama x naik bas jugakk..huhu..

    Betul tu kak suzie..cepat je ms berlalu..tup2 akak dh ank 4..hihi..alhamdulillah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...