Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Pra-Konvokesyen Khayra

 Hari Sabtu 9.11.2013 sekolah Tadika Khayra ada buat Majlis Konvokesyen untuk peringkat Dun Ayer Keroh. Bermakna digabungkan semua kanak-kanak 6 tahun untuk amik skrol masing-masing. Kanak-kanak 5 tahun diwajibkan datang untuk terima hadiah cenderahati.

So tahun ni Khayra belum konvo lagi, dia baru 5 tahun,actually 4 tahun 10 bulan sebab birthday Khayra bulan Disember nanti.Hari Sabtu sangat lah bercinta nak siapkan anak-anak pagi-pagi.Nasib baiklah budak bertiga ni dah biasa bangun dan mandi pagi pergi taska.Mak dia je yang dah cop hari Sabtu hari untuk bangun lambat-lambat.Huhuhu...

 Masa ni anak-anak 5 tahun kena berkumpul kat luar dewan.Bergabung dengan kawan-kawan tadika lain untuk menyambut tetamu kehormat.Sudah nampak kedewasaan anak saya tu (saya pun dah nampak tua la gamaknya) T_T

 Khayra memang pandai bawak diri.

 Sementara tunggu tetamu kehormat datang, kenalah umpan Imran dengan Upin dan Ipin. Si kecik ni sangat lah aktif nak berlari kalau tengah-tengah crowed ni. Pantang lepa. Amsyar macam biasa, kita umpan dia dengan makanan je, confirm tak berganjak.Good boys!



 Parents belum penuh lagi. Sepatutnya majlis start pukul 9, tapi 9.20 pun tak start lagi.Bila dah start ada  3 orang tetamu kehormat kena berucap.Adoiyai,ni kan majlis kanak-kanak, tak payah lah berucap panjang lebar. Saya rasa tak ramai yang parents boleh pay attention sebab suasana dewan tu sememangnya dah bising dengan suara budak-budak. Start majlis, dewan memang dah penuh, ada parents yang terpaksa duduk bersila kat lantai. Kesian bawak budak kecik pulak tu. So tahun depan saya cadangkan jangan lah buat kat dewan ni lagi.Kalau nak buat pun boleh tapi hanya 1 atau 2 tadika je.Tak payah gabung satu DUN. Biar kat dewan besau sikit kalau bergabung lah... (agak-agak sape ajk yang baca ni ek, kemain lagi bagi cadangan..ahaks!)

 Majlis bermula lambat, so habis pun lambat la kann.Imran dah start nak susu, tapi turn tadika kaka lama lagi. Masa tu dah start bagi skrol kat kanak-kanak 6 tahun disusuli dengan kanak-kanak 5 tahun untuk tadika yang sama. Saya memang bawak shawl nak tutup time nyusukan Imran. Tapi Incek HAsben tak bagi susukan kat situ..

Mananya dia nak bagi, dengan keadaan crowded nya, so terpaksalah bawak Imran masuk kereta. Frustlah sebab tak sempat nak tengok Kakak naik pentas. Sebab masa tu dah nak dekat pukul 12 tgh ari, memang waktu Imran tidur. Saya sangka lepas menyusu Imran tidur..tak jugak. Gigih keluar kereta balik pergi dewan semata-mata nak tengok Kakak.

 Fuh, masa saya sampai Khayra betul-betul tengah beratur kat depan tangga nak naik pentas.

 Khayra dengan kawan-kawan. Belakang sekali tu turn kanak-kanak 6 tahun amik skrol.Tadika lain.

 Khayra yang saya nampak gaya macam anak dara bila buat tangan macam tu..hehe.. 

 Ok gambar blur. Sebab tahu ni pra-konvo untuk Khayra so takdelah bawak DSLR bagai...T_T

Lepas je Khayra turun, saya ajak hasben balik.Tak larat nak tunggu lama-lama.Bukan apa, kita ni ada budak kecik, so yang nak makannya, yang nak tidurnya.Lebih baik kita berundur diri.Shoot kejap ke Mydin Mall. Khayra tuntut nak hadiah Barbie. Oklah since dia pun dapat nombor 1, tak salah rewardkan dia apa yang dia nak kann :D
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...