Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

New Home On Progress

Rezeki yang datang dari Allah tak semuanya sama dengan setiap orang.Ada yang dapat rezeki anak.Ada juga yang belum lagi dikurniakan anak.Ada yang diberi rezeki kerja yang bagus setanding dengan kelulusan yang ada,tapi ada juga yang menerima rezeki lebih bagus tanpa ada kelulusan yang setimpal.

Itu semua Allah yang aturkan perjalanan rezeki masing-masing.Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang sedia ada dan sentiasa berdoa tanpa putus asa sekiranya permintaan kita masih belum dimakbulkan.Ingat, Allah lebih tahu untuk mengaturkan yang terbaik untuk kita.

Satu lagi, jangan ada perbandingan rezeki yang kita dapat dengan orang lain dapat.Takut-takut ada unsur iri hati menjurus kepada hasad dengki.Nauzubillah.

Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun umur dah 31 tahun tapi baru diberi rezeki untuk memiliki rumah sendiri.Kawan-kawan yang lain ada yang seawal 23 tahun dah ada rumah sendiri.Rezeki awal dari Allah.Rumah ni atas nama saya dan hasben.Walaupun hasben yang kena potong gaji nanti,tapi saya pun nak menumpang nama juga.Ngeh.ngeh.ngeh T_T

Semalam pergi jengok rumah, blok deret rumah saya tengah progress lagi.Ada empat deret, tapi 2 deret dah siap.Tinggal nak siap 2 deret lagi.Developer kata bulan April 2014 dah boleh amik kunci.Wait and see.Rumah saya sayup kat ujung sana.Ohh,dapat tengok bumbung pun jadilah.Ahaks!
 Ni pandangan tepi.Tapi yang corner lot tu bukan lah rumah saya.Rumah saya sebelah rumah corner lot.Nanti sok-sok dah senang nak bagi direction rumah kat kawan-kawan yang nak datang.Start verangan dah.
 
 Ni rupa rumah yang dah siap.Semalam pergi time hujan, amik gambar dalam kereta je.Sebelah tangan pangku Imran yang tido,sebelah tangan snap gambar.Balik rumah baru perasan out of focus.Nampak titik hujan yang lebih.Huhuhu..

Alhamdulillah, disebalik kelewatan nak ada rumah sendiri, rupanya Allah permudahkan urusan kami suami isteri sepanjang prosess antara developer & M*ra.Rumah pun dekat dengan tol hasben nak pergi kerja dan tempat kerja saya.Syukur :D

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...