Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Majlis Penyampaian Hadiah Tadika Khayra

Lepas Hari Konvokesyen Tadika Kakak, minggu berikutnya (16.11.2013) barulah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah untuk tadika kakak je. Buat kecil-kecilan untuk menghargai anak-anak yang nak masuk Darjah 1 tahun depan.Majlis pun buat kat sekolah je.

Seperti biasa kena bangun awal pagi hari Sabtu tu.Dua minggu berturut-turut melayankan Kakak pagi-pagi Sabtu.Hee.Sampai kat sekolah cikgu dah siap-siap aturkan anak-anak yang akan buat persembahan.Nasib baik sempat sayang oii.




 Selepas ucapan ringkas daripada Pengerusi IbuBapa, barulah diadakan persembahan semua anak-anak tadika.Untuk 6 tahun, special sikit kena berdiri.Kira highlight kena lebey.Budak-budak 5 & 4 tahun buat persembahan duduk je la.Bagi can lah kat kakak dan abang yang nak abis tadika tu. Ada 3 buah lagu, IM4U, Guruku Sayang dan lagu terkini lagi popular Tegarr!Boleh la. Agaknya cikgu peminat Tegar kot. Semua budak kecik yang datang boleh hafal lagu tu.Kemain lagi.

 Hadiah Tempat Pertama Kategori 5 tahun. Alhamdulillah.

 Lepas habis penyampaian hadiah setiap kategori, Khayra dah tak tahan panas. Tudung dah selamat masuk dalam beg.Tak tahu pulak ada hadiah untuk dia lagi. Rupanya Hadiah Cemerlang 5 Tahun.Tahniah Kakak!

Pengerusi balun abis bagi semua hadiah.Hahaha.Senang biar cepat abis.


 With her beloved man. #daddy'sgirl

 Mama pun dapat hadiah tau.Sijil Penghargaan AJK Tadika.Kikiki....


Teruskan lagi usaha Kakak.Jauh lagi tau.Ni baru 0.01% perjalanan Kakak.Moga Amsyar dan Imran ikut jejak Kakak dan berlumba-lumba untuk cemerlang.Oh ye, untuk kategori  6 tahun, Tempat Pertama ialah Amsyar, Tempat Kedua Imran...Hahahaha! Sangat kebetulankan.. .maaf, saya tak ingat nama penuh diorang.

Lepas habis semua, ada jamuan sikit sebelum balik rumah. Sekali lagi saya terlupa nak hantar borang pendaftaran Khayra untuk tahun depan. Memang dah ingat dari rumah nak bawak time ni.Adusss,banyak urut putus maa.Nasib baik cikgu ok.Dah cuti sekolah ni kena caling2 cikgu lah kalau dia ada kat sekolah time cuti-cuti ni.

Sebelum tu, Kaklong (kakak ipar) ada wasap gambar Alia dan Hani. Diorang pun cemerlang kat sekolah.Alhamdulillah. Contoh yang bagus untuk Khayra.Semoga anak-anak ini terus cemerlang hingga besar nanti.Amiin.


 
  Cousins
2 Responses
  1. Tahniah akak khayra. Semoga Akak jadi anak yang bijak. Kekalkan dan tingkatkan usaha kakak.


  2. Hanna Says:

    Terima kasih busu :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...