Oreo Cheese Cake Bulan Mei Haritu

Sejak transfer gambar dalam hp ke pc ni rasa macam-macam nak entry nak buat.Godek-godek jumpa gambar Imran, nak buat entry Imran, godek-godek jumpa gambar lauk yang dimasak, nak buat entry masakan,jumpa gambar hasben nak buat entry pasal my BFF tu…akhirnya satu hapah pun takde.Haihhh… T_T

Harini macam terlebih nafsu nak makan macam-macam (macam awak sorang je puasa 10 Muharam ye), saya tunjukkkan entry ni..tadaaa! Oreo Cheesecake buatan sendiri perasan sedap…Hahaha.

Buat ciskek ni dah lama.Date taken kat gambar tu bulan Mei.Lepas tu asiklah buat ciskek.2-3 bijik saya buat dalam bulan yang sama.Ada sebijik yang saya buat untuk celeberate Anniversary Mak&Ayah  16 Mei dulu.Lepas habis sebijik, meroyan cari bahan kat Mydin nak buat lagi.Eh, ciskek ni pada saya senang je.Bahan-bahan dia pun senang nak carik.Takyah nak pergi kat kedai kek.Mydin pun boley.

Ni rupa kek yang baru masak.Lepas tu kena masuk dalam fridge.Sebab bangsa cheese ni sedap kena makan time sejuk.Yummeh!
 


 Kebetulan masa tu Mother's Day. Khayra siap wish.Tulisan masih lagi "cantik" sebab baru awal tahun.Hee.Tulis pun tinggi rendah tinggi rendah je.

 Based dia peroi pulak.Takpe,tu 1st attempt.2-3 kali buat dah terer dah.Potong pun cantek je. (dah start dah dah perasan)



 Ni buat kali ke-2 ke ke-3.Tak ingat pulak.Buat bentuk square.Deco tu Incek Hasben yang buat.Fidodido katanya...hehehe.(gambar tak mau tegaklah,sori kawan-kawan terpaksa teleng)

 Ok resepinya saya amik di sini  dan disini ya.

OREO CHEESECAKEResepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Rujukan aku : Kak Azlita Aziz

Bahan:-30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus - Krim dia saya guna balik.Tak buang pun.Campur dalam adunan sekali.
1/4 cawan butter - cairkan.
 

Bahan Filling:-16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - saya ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Saya bakar macam biasa.takde nak steambath ni..hehe..
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam dalam peti ais. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi


Senangkan.Sekarang ni orang tengah trend Cheesecake Leleh  ataupun Snowcheese Cake.Harus buat ni.Meleleleleleh dah tengok snowcheese tu ooii!

 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...