Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Jom Beriadah

Musim cuti sekolah ni belum berkesempatan nak bawak anak-anak pergi riadah. Selalunya port kitorang kat Stadium Tun Fatimah Bkt. Serindit.Dulu ada letak entry aktiviti ni. Kat situlah tempat Amsyar melepaskan gian sepak bola jauh-jauh.Hahaha.Kesian dia, kat rumah yang secoet tu kalau sepak bola mesti kena TV la, kena kipas siling la, kena kepala mama la..huhu..last-last kena haruk dengan mama.Tension Dak Abang. 

Bola pulak bukan jenis bola plastik tu. Papa dia dah belikan bola yang betul-betul mcam orang besar main bola.Memang mengucap je la mama kau ni nak kalau dia dah start sepak. Haritu saya dah sorokkan bola dia.Tapi dia tak kisah bola plastik kan adaaa... T_T

Kat bawah ni saya tepekkan gambar masa riadah yang dolu-dolu.Picture taken 6.10.2013.Nak dekat 2 bulan tak jejak pergi Stadium Tun Fatimah der.Musim hujan cenggini kena fikir banyak kali nak bawak anak-anak keluar.Indoor je la anak-anak.Papa, jom shopping...hahahaha!

Budak yang tak suka kena pegang. Kejap kang dah jauh dia merayap.Itulah dia Dak Imran. *tepuk


Papa tengah coaching sepak bola yang betul.Ecewah!

 Eh, Bang..bukan ke bola Abang kat belakang ke? Ooo sesi regangan kot.
 Larik sana..larik sini...

 Kakak dan bola plastiknya...papa kat belakang tengah main bola dengan Amsyar

 Kan dah cakap Imran mesti nak merayap T_T

Time ni papa belum beli bola betul tu...pakai bola plastik dulu...musti bawak jugak Amsyar kat sini lagi bagi dia sepak bola puas-puas.Minggu ni mungkin...

WordLess Wednesday - Ripair Romha

Sumber


Nak Beli Iron

Kadang-kadang macam magic je kalau apa yang kita nak cakap dalam hati terus dapat.Hehe..Alkisah iron rumah saya memang dah hazab dah.Asik jatuh terhempas lantai je kejanya,Memang dh tak berapa sedap lah nak menggosok baju.

Saya ingat nak beli iron baru hujung minggu ni.Alih-alih pagi tadi incek hasben wasap dia dapat lucky draw dry iron.Lucky draw ni sempena Family Day hasben weekend aritu. Oleh kerana hadiah banyak lagi tak bertuan so diorang buat lagi lucky draw waktu pejabat.Bagi perabis orang kata.

Alhamdulillah rezeki :)
 
 

WordLess Wednesday - Ssyyy....He's Sleeping






Trip Ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara

Walaupun cuti sekolah dah bermula, tapi tadika Khayra still ada lagi aktiviti yang diorg buat. Trip ke Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara pada 20.11.2013 Rabu haritu. Lawatan ni perlu disertai oleh ibubapa atau penjaga murid-murid.

Hasben saya volunteer ikut trip Khayra sebab saya ada jadual memerah susu untuk Imran, so rasa macam takde tempat / privacy pulah nak menjalankan aktiviti tersebut. Bayaran pengangkutan dan tikut masuk ditanggung oleh pihak Jabatan. Duit makanan je la kena bayar. Cikgu order untuk semua sekali.

Kena berkumpul pukul 7.45 pagi, bas akan bertolak pukul 8.00 pagi.Seawal-awal kitorang keluar, time tu la pulak mainroad utk ke tadika tengah korek jalan. Satu lane je dia bukak, satu lane kena tunggu.Bergilir-gilir.Grrrr!Terpaksa cari jalan alternatif, akhirnya sampai tempat bas berkumpul pukul 8.10 pagi.Macam biasa, orang yang terakhir sampai adalah Khayra...huhuhuhu...

Kesian Amsyar meleleh air mata nak ikut Tatak naik bas.Melalak jangan cakap lah.Kuat pulak tu. Apa kan daya, kita tak boleh ikut nak.Keadaan anak-anak yang masih kecil belum boleh kita ikut rombongan yang berjadual ni.Kang sorang nak yak la, sorang nak tidur la, sorang nak susu la.Lain lah kalau kita naik kereta sendiri boleh lah sesuka hati nak berenti yang kita nak.

Lepas je hantar Khayra dan papa naik bas, saya terus hantar Amsyar dan Imran pergi taska.Dekat je. Lepastu saya singgah balik tengok diorang nak gerak.


 Duduk depan sekali


 Trip ni guna 2 bijik bas besar sebijik bas kecik.Ramai kot yang ikut sebab termasuk dengan makpak dan anak-beranak sekali.Ada yang bawak 1 family.

 Gambar yang saje bagi mama jeles.#Selfie dalam bas.


Antara tempat yang Kakak pergi.Bawak bekal selai baju jalan.Kat Masjid Negara dah salin baju dah.Patutlah semua dh tunggu, sampai cikgu dia call saya kat ofis sebab dua beranak ni tak siap-siap.Incek hasben sibuk menguruskan anak dara sorang ni salin baju.Terima kasih incek hasben...much love...


Amsyar yang berlari sambut Kakak dengan papa..macam sambut orang balik haji je..kikiki...

 Alhamdulillah bas touchdown balik pukul 6.30 petang. Saya punchout ofis 5.30, so bawak Amsyar dan Imran main-main kat Mydin dulu,lepas tu baru amik Khayra dengan papa.Tak larat nak balik rumah pastu nak pergi balik Ayer Keroh nak amik diorang.Huhu...

 

Sistem Pemparitan In Da Making

Habis je Majlis Kakak, singgah tengok progress rumah. Depan rumah baru nak siapkan longkang ataupun bak kata Nabil, sistem pemparitan.Awal tahun depan baru siap rumah nampak gaya ni.Insyallah :D
 


Inilah dia sistem pemparitan yang tengah buat.Belum siap nampak buruk je kann.


 Deret rumah saya

Deret rumah orang lain yang hampir siap.
 

Majlis Penyampaian Hadiah Tadika Khayra

Lepas Hari Konvokesyen Tadika Kakak, minggu berikutnya (16.11.2013) barulah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah untuk tadika kakak je. Buat kecil-kecilan untuk menghargai anak-anak yang nak masuk Darjah 1 tahun depan.Majlis pun buat kat sekolah je.

Seperti biasa kena bangun awal pagi hari Sabtu tu.Dua minggu berturut-turut melayankan Kakak pagi-pagi Sabtu.Hee.Sampai kat sekolah cikgu dah siap-siap aturkan anak-anak yang akan buat persembahan.Nasib baik sempat sayang oii.




 Selepas ucapan ringkas daripada Pengerusi IbuBapa, barulah diadakan persembahan semua anak-anak tadika.Untuk 6 tahun, special sikit kena berdiri.Kira highlight kena lebey.Budak-budak 5 & 4 tahun buat persembahan duduk je la.Bagi can lah kat kakak dan abang yang nak abis tadika tu. Ada 3 buah lagu, IM4U, Guruku Sayang dan lagu terkini lagi popular Tegarr!Boleh la. Agaknya cikgu peminat Tegar kot. Semua budak kecik yang datang boleh hafal lagu tu.Kemain lagi.

 Hadiah Tempat Pertama Kategori 5 tahun. Alhamdulillah.

 Lepas habis penyampaian hadiah setiap kategori, Khayra dah tak tahan panas. Tudung dah selamat masuk dalam beg.Tak tahu pulak ada hadiah untuk dia lagi. Rupanya Hadiah Cemerlang 5 Tahun.Tahniah Kakak!

Pengerusi balun abis bagi semua hadiah.Hahaha.Senang biar cepat abis.


 With her beloved man. #daddy'sgirl

 Mama pun dapat hadiah tau.Sijil Penghargaan AJK Tadika.Kikiki....


Teruskan lagi usaha Kakak.Jauh lagi tau.Ni baru 0.01% perjalanan Kakak.Moga Amsyar dan Imran ikut jejak Kakak dan berlumba-lumba untuk cemerlang.Oh ye, untuk kategori  6 tahun, Tempat Pertama ialah Amsyar, Tempat Kedua Imran...Hahahaha! Sangat kebetulankan.. .maaf, saya tak ingat nama penuh diorang.

Lepas habis semua, ada jamuan sikit sebelum balik rumah. Sekali lagi saya terlupa nak hantar borang pendaftaran Khayra untuk tahun depan. Memang dah ingat dari rumah nak bawak time ni.Adusss,banyak urut putus maa.Nasib baik cikgu ok.Dah cuti sekolah ni kena caling2 cikgu lah kalau dia ada kat sekolah time cuti-cuti ni.

Sebelum tu, Kaklong (kakak ipar) ada wasap gambar Alia dan Hani. Diorang pun cemerlang kat sekolah.Alhamdulillah. Contoh yang bagus untuk Khayra.Semoga anak-anak ini terus cemerlang hingga besar nanti.Amiin.


 
  Cousins
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...