Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Adik Yang Meragam

Start hari Sabtu, dah rasa badan dak Adik dedau (dedar). Kepala suam-suam je.Tapi waktu siang ok je. Hari Isnin, waktu pagi masa hantar Adik ke school, cikgu dah perasan dia dedau. Sebelum tu saya dah bagi ubat demam dah. Ubat demam tu dapat masa adik cucuk untuk setahun.Kebetulan dah seminggu lebih lepas cucuk, agaknya demam kena cucuk kot.

Dalam pukul 11 lebih, cikgu taska call saya kat ofis bagitau badan Khair Amsyar panas. Alahai lemah semangat kalau dapat call macam tu.Nasib baik takde kerja urgent time tu. Saya cadang nak half day. Sampai kat taska, badan dak Adik dah start berpeluh balik. Cikgu dah bagi makan ubat demam. Dak Adik pulak merengek je hari tu. Saya susukan lepas tu Khair Amsyar tertidur. Tak sampai hati saya nak angkat bawak balik rumah. Saya monitor kalau dia bangun tidur still demam balik baru bawak pegi klinik. Pada masa yang sama, hidung Khayra berdarah lagi.

Khayra memang kerap kena hidung berdarah. Mungkin cuaca panas. Waktu Adik tidur, saya bawak Khayra pergi klinik. Doktor cakap hidung berdarah terjadi disebabkan dinding rongga kat belah dalam hidung tu nipis. Bergantung setiap orang. Kalau dia aktif sangat atau cuaca panas, hidung berdarah mungkin terjadi lagi. Doktor just bagi ubat titis je bagi stop bleeding.Bawak balik Khayra pegi taska. Waktu tu dah waktu lunch. Saya lepak kat taska tunggu Khair Amsyar bangun. Alhamdulillah, adik dah ok.Saya pun tak jadi half day, masuk balik ofis.

Dalam kereta nak balik rumah Adik asik nangis je. Meragam. Sampai kat rumah pun sama. Tak tau dia nak apa. Dah dukung, dah bagi makan, dah bagi susu - semua tak jalan.Menangis je. elok papa balik, dia pun ok.Haiihh... Khair Amsyar ni demam on off. Malam-malam je start demam balik. Esoknya, cikgu call lagi. Kata Badan Khair panas balik.Oklah, saya bawak pergi klinik. Rupanya kat tekak Khair Amsyar belah kanan ada ulser. Patutlah tak lalu makan.Demam pun on off disebabkan ulser.Kesian Adik.

Tapi disebabkan demam tu, hari-hari Khair Amsyar meragam. Menangis, menangis dan menangis. Saya dah tak tahu apa nak cakap lagi. Kalau dalam kereta, Kakak pun dah tak larat nak pujuk adik. Paling kuat Kakak usap tangan adik suruh diam tanpa berkata-kata. Dalam kereta, saya dan kakak tak berborak sebab bingit adik menangis je. Rindu nak borak 3 beranak time balik rumah masa dalam kereta. Kalau kat rumah, time Khair Amsyar menangis, dia boleh hempaskan badan dia kat lantai.Yang tu risau tu. Paling kuat dia sujud kat lantai tu suruh mama angkat.Manja sangat (dan mengada-ngada).

Semalam (Rabu), waktu tengah hari saya datang taska, sangat lah menguji keimanan.Adik kalau nampak saya terus nak menangis.Dah pujuk, dukung pun sama jugak. Waktu tu waktu tidur anak-anak taska, kesian diorang terganggung dengan tangisan dak jantan tu.Waktu nak balik ofis balik, dengan redha saya bagi adik yang tengah nangis-nangis tu kat cikgu. Tak sanggup saya nak fikirkan macam mana lah cikgu tu boleh sabar dengan adik.Kalau dengan saya pun saya tak boleh sabar sangat, inikan dengan orang luar.

Petang tu, time amik adik balik, elok je dia tengah main sorang-sorang kat depan pintu.Tengok saya datang Khair Amsyar siap lambai. Lega tengok adik senyum ketawa. Huh, tak sampai 2 minit, terus dia buat perangai.Sekarang saya agak dengan saya je dia buat perangai. Kalau dengan cikgu dia boleh behave,sangatlah manja anak bujang oii.Geram tengok.Kejap-kejap ok, pastu sambung menangis balik. Kat rumah pun melarat-larat.Jangan lah macam ni selalu Adik.Kesiankanlah kat mama ni... T_T

 Gaya adik meragam. Sebelum tu elok je main sorang-sorang kat taska. Tiba-tiba je ubah karakter, macam baru kena pukul.

 
 Bawak masuk dalam bilik baby untuk menyusu. Pun taknak jugak. Dia bantai menangis je.

 Dia nak berdukung. Kena pujuk elok-elok dulu baru senyap. Picture taken by Kakak Khayra.

Kakak busy amik gambar adik yang dah diam. Cantik pulak gambar Kakak amik ni. Waktu ni Khair Amsyar ok. Kat taska lagi. Masuk je dalam kereta, radio buruk dia berbunyik balik.Adoiyai...

Mama harap adik meragam kejap je. Jangan lah buat perangai lama-lama.Kesian kat mama. Alhamdulillah, pagi tadi Adik ok pulak. Ada perkembangan tu. Mama rindu nak tengok adik joget-joget lagi.Adik dah pandai kalau tanya mana mata, dia siap kelip-kelipkan mata tu.Chomel.Weekend ni mama & papa bawak adik pergi jalan-jalan ok.Janji jangan buat perangai lama-lama tau.....
4 Responses
  1. haish..sama cam auni.
    Sejak dia demam minggu lepas skng ni kuat merajuk..pastu dia punya menangis cam kena pukul. Buat muka sedih tak bleb blah..haha


  2. Hanna Says:

    hahaha, pandai auni mainkan mama dia ye..adoi kak, letih jugak nk melayan org bujang tu ari2 mcm tu..beralih bulan ke? hhaaiihh...


  3. lm xsggh sni. khair pun da besar, get well soon dear. time anak meragam, mmg ssh hati kita. huhu..


  4. Hanna Says:

    thanks dear..nasib baik kakak dh besar sket, fhm keadaan mama dia yg letih melayan adik..sungguh risau kalau demam on off ni..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...