Asam Pedas Tak Ikut Piawaian

Ahad, tengah hari semalam masak asam pedas ikan serkut. Lengkap dengan sayur bayam rebus dan ikan goreng dan sikit sambal tumis ikan bilis..Hasben saya adalah seorang yang berterus-terang. Bila je rasa lauk asam pedas tu "Kenapa asam pedas ni tak sama macam mak Ayang masak?" Adoi. Masih lagi fail. Hasben saya teringat lagi asam pedas mak saya dari asam pedas mak dia. Sambil makan, sambil dengar syarahan dari Ustaz Khairul Nizam dengan bertajuk - Cubalah tanya resepi mak betul-betul. Jangan memandai nak ubah jadi resepi sendiri - T_T

Nasib baik nasi hasben habis sepinggan. Takdelah saya terasa sangat. Kalau tak lalu nak makan lagi la haru.Hari ni saya bawak bekal lauk asam pedas ikan serkut. Lunch tadi tapau nasi dan sayur sikit. Alhamdulillah.Kenyang. Ada kuah lebih, saja letak atas meja pantri. Ada gak yang sudi makan, walaupun cicah dengan roti. Habis.

3 Responses
  1. Nurul Aznil Says:

    salam,

    kengkadang MIL saja tanak bagi resepi. tapi me masih pegang ucapan orang tua-tua, air tangan tak sama. tu yang if kira sukat semua bagai, tak akan sama rasanya...


  2. Sz Says:

    mak hanna orang melaka kan?
    samaaa ngan asam pedas mak mertua akak...walaupun masak kat umah dia, bukan dia yang masaknya takkan sama rasa yang dia masak...
    ihikss, ayat pusing2 ni...paham tak? :p


  3. Hanna Says:

    Nurul Aznil
    tu la kak, dh cuba byk kali still rasa tak sama mcm mak saya buat..betul tu, air tgn kita x sama..dh ada idea nk bg alasan..hehehe..thanks kak..

    Sz
    hai kak..mak saya and mak mertua mmg org melaka..tp hasben lg suka asam pedas mak saya..lg terasa asam pedasnya (pergh! tgh taip pun boley terliur..hehehe)..betul tu, kalau sy msk kt rmh mak pun, xkan sama mcm mak masak..kena tuntut ilmu lg nih..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...