Hari Yang Panjang

Semalam hari yang letihhh..

Letih badan, letih minda, letih emosi....

Start dari pagi bangun tidur kali kedua - tidur balik after teman hasben keluar pergi kerja, iron baju, siapkan barang budak, sidai baju, sapu hall and solat subuh - Khair Amsyar menangis-nangis cari saya time mandi.Menangis teresak-esak.Keluar air mata, air hidung.Macam baru kena belasah.Dengan bertowel je, saya kena dukung dia, pujuk-pujuk dulu.Dah setel, kakak pulak bangun tidur menangis nak susu.

Nak pergi keja, minyak kereta nak mintak diisi. Tuang minyak dulu.Nasib hari ni ada meeting kat HQ kul 9.00 am. Tak masuk ofis, terus pergi sana.Sebelah taska je.Setel meeting pukul 10.45, amik Khair Amsyar bawak pergi klinik.Ada appointment.Alhamdulillah kejap je setel.Menyusukan Adik dulu baru masuk ofis balik.Masa tu belum pukul 12.00 lagi.Tengah hari keluar lunch,sebab dah susukan Khair Amsyar tadi.Boleh skip pergi taska.Elok-elok je window shoping dengan member ofis, tiba-tiba Ila panggil saya sebab Datuk CEO call ada meeting segera dengan Big Boss pukul 3.00 pm kang.

Apalagi wei, nafsu nak membeli terus hilang.Kelam-kabut balik ofis balik siapkan minit (dah siap dah, nak tacap sket je), and siapkan fail-fail nak meeting.Datuk CEO masuk ofis terus berbincang dengan semua pegawai masukkan laporan terkini.Punya ribut.Jam dah pukul 3.20 pun kitorang terkial-kial photostate laporan.Tak suka tau kalau meeting urgent ni.Pastu bukan meeting kat ofis, kena pergi kat ofis Big Boss nak chair.Big Boss banyak ofis.Suka hati dialah nak chair kat mana.Nasib baik dekat.

Datuk CEO suruh 3 orang staff pergi dengan dia dulu termasuk saya.Naik satu kereta.Meeting ni sepatutnya kena jemput board member yang lain.Tapi tak sempat nak jemput, Datuk CEO suruh pegawai-pegawai yang pergi.Sampai kat tempat meeting tu, rupa-rupanya ada 2 lagi Unit kena meeting dengan Big Boss.Semuanya kena macam kitorang, urgent meeting.Masa tu pukul 4.00pm dah.Big Boss tak sampai lagi rupanya.Ikut giliran meeting saya yang last sekali.Aduoyai..camne ni.Kang nak amik anak-anak lagi.

Saya ingat nak suruh mak& ayah amik.Tapi macam yakin je meeting sempat habis sebelum pukul 6.00 pm.Alasan lain saya ingat nak mintak permission Datuk CEO balik dulu.Tak attend pun tak apa.Tapi macam tak sampai hati pulak.Last-last call jugak mak.Mintak tolong amikkan anak-anak kat taska.Masa tu Big Boss dah sampai.Chairkan meeting untuk Unit ke-2.Lepas tu Unit saya pulak.Pada masa yang sama, hasben dah mintak tolong kakak dia amikkan anak-anak.Sebab kakak dia belum balik ofis lagi, at least dia sampai dulu daripada mak.Saya sedih, takut anak-anak tak biasa.Masa call mak kata kansel amik budak-budak, saya dah nak nangis dah.Macam-macam emosi pulak.Sebab saya tak pernah balik lambat macam tu.

Dalam pukul 6.10, tiba-tiba Big Boss masuk.Tadi dia kat bilik meeting lain.Ok meeting dah start.Pum-pang-pum-pang-pum-pang.Habis.Jam 6.20 pm.Punyalah lama tunggu, meeting kejap je.Adusss!Dengan sepantas kilat, saya call balik kakak ipar cakap saya dah habis meeting.Nasib baik dia tak sampai taska lagi.Saya mintak maaf banyak-banyak kat Kak Long sebab susahkan dia.Dia tak kisah.Nasib baik.Sampai kat taska tepat-tepat kul 6.30 pm.Tinggal anak-anak saya je.Kesian tengok diorang.Sebelum tu memang dah inform taska yang saya lambat.Cikgu pun sorang je yang tunggu.Rasa bersalah pulak.

Saya susukan Khair Amsyar dulu, pastu disebabkan rasa bersalah, saya bawak anak-anak pergi McD.Hasben pun dah dekat nak sampai.So, jumpa dia kat sana.Lega tengok anak-anak suka.Takpelah walaupun saya penat berkejar-kejar, tapi bila tengok anak-anak tersenyum gembira rasa hilang segala penat hari tu.Lepas makan-makan and main kat playground, nak balik pulak masalah.Kakak nak ikut papa balik naik motor.Mana boleh sayang.Dah lah takde helmet, pastu dah malam pulak tu.Sepanjang perjalanan balik, Kakak menangis nak ikut papa diikuti dengan tangisan adik yang dah habis nugget.Haiihh.........

Malam tu saya rasa tak larat sangat.Tidur pun awal.Nasib baik papa ada melayan anak-anak.Thanks papa..Sangat berdoa dapat kerja dekat dengan papa lepas ni.....

p/s : Big Boss = CM Melaka
2 Responses
  1. wahida Says:

    adoi la...saya pun tak suka benda last minit mcm ni...huhu...

    salam kenal, terus follow sini..


  2. Hanna Says:

    salam wahida...thanks sudi jengah blog ni...kita pun dah follow..

    erk..nasib la sape keja dok mkn gaji..kena hadap semua nikan..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...