Air Bertakung Dalam Telinga Adik

Petang Selasa lepas, masa tengah menyusukan Khair Amsyar kat taska (memang susukan dulu baru balik rumah), biasalah mesti telek semua benda kat badan or muka Adik. Sekali raba kat telinga, ada benda berkuping kat dalam lubang telinga. Pastu macam basah-basah sikit area lubang telinga tu.

Alamak sekali ada cecair pulak keluar. Adik asik tepis je bila mama cek telinga dia. Tanya kat cikgu taska, diorang pun tak perasan boleh jadi macam tu. (boley?) Time lunch masa nyusukan Khair takde pulak saya nampak telinga Adik jadi macam tu. Dah petang baru la jelas dan nyata.

Kat rumah saya just bersihkan telinga Adik dengan cottonbud. Banyak cecair. Kadang-kadang mengalir je air. Macam air yang kita tadah kat baldi, pastu penuh mengalir je.Air tu jernih je dan tak berbau.Malam tu Khair Amsyar tak meragam sangat. Semalam cuti Deepavali baru gerak pergi klinik. Adik dah start meragam dah. Mungkin telinga berdenyut tak selesa. Kesian dia.

Doktor kata telinga adik dah bernanah. Dalam telinga banyak air bertakung. Doktor bagi ubat titis antiotik telinga dan penicillin. Kalau dibiarkan takut nanah tu pecah dan akan merosakkan gegendang telinga. Adoi risau saya.
Pagi tadi lepas hasben pergi kerja pukul 5.00 a.m, saya titiskan lagi kat telinga Adik. Pagi tadi nak pergi kerja, kat telinga dia ada cecair yang berketul. Mungkin ubat titis tu terkeluar balik pastu berketul. Sebelum pergi keja bersilat dengan Khair Amsyar sebab bagi dia penicillin. Meronta-ronta taknak makan ubat. Nasib baik mama awak ni Super Mama tau. Cekap dan pantas,hehe.

Khayra dengan Khair Amsyar memang mandi sama-sama. Happy je tengok bila mandi sambil main air. Saya just pantau kat luar je. Lepas dah bagi main-main air lebih kurang, baru saya setelkan setiap sorang. Mungkin tanpa sedar takut Kakak tersimbah air terlebih kat area telinga Adik. Dan yang pasti selalunya Dak Adik ni pantang dapat air, bukak je paip kepala dia dah cucuh bawah paip air yang mengalir tu. Mungkin air yang bertakung tu dah lama, then bertambah pastu jadi nanah. Silap saya jugak...

Kejap lagi lunch saya datang taska nak titiskan ubat kat telinga Adik. Harap Adik cepat baik ok. Macam-macam hal, hari tu  hidung Kakak berdarah sampai sekarang problem sebab hidung tersumbat.Sekarang telinga Adik pulak bernanah. Moga anak-anak saya diberi kesihatan yang baik. Amiin..
2 Responses
  1. akak..si rikazz ni pun sama.dah 2malam telinga dia sakit.pas tu melalak.nak pegang telinga pun tak bagi.Hari ni bawak g klinik doktor kata dah bengkak n ada air..em..sama le kisahnya dengan si khair amsyar.tadah telinga bawah air


  2. Hanna Says:

    rikazz pun sama gak?sian rikazz..harap rikazz pun cpt sembuh..telinga khair amsyar dh nmpk elok dh..takde berair lg..xpela naz,peringatan kt kita jugak kan..huhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...