Bukan WordLess Wednesday

Hari ni taknak WordLess.

Sebab secara realiti saya bukan cakap sikit punya orang. Lebih-lebih lagi kalau ko kerja jaga Pentadbiran & Kewangan ni. Haruuus jadi peramah semulajadi. Kalau dok call pertama kali kat Unit lain, tiba-tiba buat macam aku dah lama kenal ko. Automatik.

Sembang punya sembang sebab nak jalinkan hubungan baik. Sok-sok senang saya nak contact, kalau dah kenal ni. Ramai yang saya kenal through phone je. Muka tarak kenal lagi.Mesti kalau orang yang dengar suara saya kat phone ingat rupa saya macam Kak Nam kan. Tapi memang betul pun, muka persis Kak Nam. Kalau amik gambar je control ayu. Huahuahuahua.

Pagi tadi lemau sikit. Ngantuk nyer. Ni semua Nasi Lemak Ayam punya pasal.Brrp! Alhamdulillah. Macam nak pekena Nescafe 3 in 1. Tapi saya kalah dengan 3 in 1 ni. Lepas minum mesti fening-fening sket. Hari ni kita buat separuh sachet, pastu tambah gula sikit. Cair je.Tapi kalau buat kat rumah guna serbuk nescafe dengan susu pekat, ok pulak. Siap bagi kaw pastu tarik lagi. Macam kat kedai mamak. Takde pulak fening-fening. Mesti dalam sachet tu dia dah campur benda yang bukan-bukan.

Disebabkan kat ofis tinggal berdua je dengan Aini - puan secretary, laagii lah menjunam. Rasa nak bentang tilam nak tido je.Staff lain ada yang handle pameran, handle seminar, pergi talk, wakil persidangan.Pergh! Busy betul diorang ni. Takpelah, hari ni mak jadi operator kejap ye. Yang pelik, time diorang takdelah berdering-dering tepon. Pastu cari orang yang takde kat ofis. Cuba hari lain, senyap sunyi je tepon tu. Saja nak suruh ai berjalan terkejar-kejar angkat call kan.

Motif cerita : Takde motif.
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...