Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Konsert Taska Khayra & Khair : Part II

Mari kita sambung cerita Konsert Taska Khayra & Khair : Bahagian Akhir

Lepas habis persembahan Khayra eh silap, kawan-kawan Khayra, sambung pulak cabutan bertuah. Nombor Mama naik. Bawak sekali anak-anak naik atas pentas. Dengan sorang berdukungnya, sorang pimpin tangan. Kecoh je. Itu baru anak 2, lom 3,4,5 dan seterusnya lagi (amboi banyaknyer anak..).

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian 1 Malaysia. Budak-budak + After School. Ada tarian Melayu, Cina dan India. Boleh la. Kena prektis lebih sikit ni. Shy-shy cat pun ada. Hehe. Ada jugak aktiviti untuk bapak budak. Segmen pakaikan baju baby dengan mata kena tutup. Nasib baik baby tak tertukar. Then persembahan anak-anak dengan lagu Bila Berpacaran. Siap ada pakai tanduk setan lagi. Haru.

Tarian 1 Malaysia

Miming Lagu Bila Berpacaran. Tengok kat kiri kanan tu ada bodyguard pakai tanduk.Takuut...

Bila ada family aktviti, Mama dah berapa kali ajak papa involved sama. Tapi macam biasalah, hasben ai malu sikiiittt. Kesian pulak kat penganjur takde sambutan dari mak bapak. Last-last untuk segmen "Family Designer", saya ajak jugak hasben naik pentas. Nama pun designer kann.Macam-macam alasan pulak bapak Khayra ni, Adik takde sape jaga lah, nanti dulu lah.

Agaknya ramai yang mak-bapak segan-segan nak naik pentas, setiap cikgu pilih family mana yang kena amik bahagian. Haa, kan dah kenaa. Family Khayra boleh naik ke pentas untuk amik bahagian.Mula-mula pening gak, apa benda nak main ni. Rupanya kena buat baju untuk anak guna paper lama. Terus jem kepala mama nak fikir.Dalam tengah fikir tu, tak sedar tangan ni dok menggunting. Ooops! Pertandingan belum mula lagi. Siap kena sound dengan pengacara majlis, sabar dulu kak..belum mula lagi nih..T_T

Khayra ok je bila mama, papa sama-sama join dengan dia kat stage. Masa tu dah warm up. Dah panas dah. Siap lompat-lompat lagi. Awal-awal tadi nangis..huhu..Adik pun sama-sama tolong papa carik-carikkan kertas yang dah gunting. Sangaat membantu Dek.Thanks! Papa buat skirt rambu-ramba & topi, mama buat baju. Inilah hasilnya.....
*
*
*
*
*
*
*
*

Taraaaaa!! Kesian anak aku. Macam kena dera pulak siap peace macam tu. Cantik kan.... (ayat berlawanan)

Designer yang bertanggungjawab. Saya tak terlibat (tiba-tiba).

Just for fun je. Bila lagi nak mengeratkan silaturahim dengan mak-bapak yang lain. Dapat lah nombor 2. Kalau kemaskan sikit skirt and topi Kakak tu confirm dapat tempat pertama.Hahaha.Bila tinggalkan Kakak sorang-sorang kat stage, sebab juri nak tengok, boleh je dia dok diam. Tak nangis. Saya just berhatikan dari jauh. Lepas dah sudah, Khayra dengan sendirinya bukak balik baju kertas tu, kemas dan siap kumpulkan paper bagi kat cikgu.Memang saya dah ajar, kalau buat sepah, kena kemas balik. Alhamdulillah, Khayra buat sendiri tanpa disuruh.





Candid. Khayra bersungguh-sungguh kemas balik sampah-sampah tu. Langsung tak kisah mak dia kat mana.Mak dia pun langsung tak kisah anak dia buat apa.Hee.Perhati dari jauh je.

Baju papa tak ikut tema. Tak sempat cari baju oren.Merah pun merah la.Peneman setia Adik yang dah lapar nak makan. Setiap Family dapat makanan dari A&W. Mama bawak bekal sandwish.Rasanya kat tempat kitorang la paling banyak barang. 

Persembahan penutup. Cikgu dan Kanak-kanak Taska. Tarian Sumazau.Masa ni Khayra dah ikut sama menari.Tapi kat depan pentas la. Nampak tak Khayra depan budak baju putih tu.Lompat sana, lompat sini. Kalaulah Khayra tak nangis tadiiii.....


Dah ada self-confident untuk ke pentas amik hadiah. Elok je ha.Mula-mula je tadi takut.


Ceria bersama hadiah. Sampai rumah Adik pun dah tido.Adik takpat amik gambar dengan hadiah-hadiah tu sebab Kakak tak sabar nak bukak.

Kesimpulannya, Khayra kena bagi panas lama sikit baru boleh dia ada keyakinan perform depan orang. Next year, kalau ada umur lagi, saya nak request cikgu suruh Khayra buat persembahan yang last-last. Biar dia dah syok baru lah tak nangis.
2 Responses
  1. Banyak nye Khayra dapat hadiah...Akak nak cikit la camni....


  2. Banyak nye Khayra dapat hadiah...Akak nak cikit la camni....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...