Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mengeluh Bila Baca Harian Metro Hari Ni

Bila baca paper Harian Metro hari ni, yang keluar kat mulut saya, hanya keluhan kesal...

Takut bila baca berita-berita yang memualkan.

Remaja buat projek dalm bilik salin kat shoping complex, Teman lelaki paksa tonton video lucah, Mayat bayi dalam longkang, Kanak-kanak mati didera teman lelaki ibu, Gadis dikurung dan dirogol, Tarian separuh bogel...dan banyak lagi cerita yang menggerunkan hati saya sebagai seorang ibu. Setiap cerita tu dapat saya ingat masa taip entry ni.

Haaihhh...terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam kehidupan ni. Macam mana lah bila Khayra dan Khair dah remaja nanti. Sangat takut bila terfikir yang bukan-bukan ni. Cabaran juga bila cerita anak-anak yang bersekolah agama pun terjebak dengan gejala sosial.Walau diberi didikan agama, tapi bila dah terpengaruh dengan rakan sebaya, segala didikan itu dicampak ketepi. Dalam hal ni, ibu-bapa sangat memainkan peranan dalam memilih rakan anak-anak. Tapi macam mana kalau anak-anak tinggal asrama atau menuntut di universiti yang jauh dari ibu bapa?

Ya Allah, semoga dijauhkan segala permasalahan ini. Semoga anak-anak ku membesar sebagai anak yang soleh&solehah, turut perintah agama dan ibu bapa. Amiin.

p/s : Geram jugak bila baca wartawan & jurugambar Malaysia diberi layanan buruk sepanjang Sea Game di Jakarta. Paling meluat bila rakyat diorang tak hormat Lagu Negaraku sambil memaki-hamun Malaysia. Bertemadun ke macam tu? Bila kata diorang mundur, marah. Tapi pemikiran tu tetap mundur bila bersifat membenci Malaysia membabi buta.
2 Responses
  1. yelah cabaran membesarkan anak2 skrg makin mencabar, risau kan..huu~

    geram dgn peel 'mereka' tu kan..tak bersyukur n tak sedar rakyat dia byk yg mencari rezki kt sini, mereka bersukahati je kt negara kita..huu~ geram sesekali..


  2. Hanna Says:

    betul tu kak lieyna..cabaran sgt kuat..moga dijauhkanlah anak2 kita dgn dugaan2 ni..

    sy mmg anti dgn perangai diorang..tak eloklah buat perangai mcm tu..kt negara kita,kita layan baik je..kenapa kt negara diorag kena layan dgn burok!!ish x puas ati lah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...