Cara Ekstrem Untuk Kurus. Amaran! Sangat Berisiko.

Waktu zaman UiTM dulu, saya pernah berdiet sampai turun 5kg dalam tempoh sebulan. Waktu tu cuti sem 3 bulan. Puncanya, sebab kawan saya suruh saya jadi pengapit dia. Kenapa haku yang over sampai nak berdiet? Lorat kan.

Kalau dok rumah, kerjanya tidur je la. Sanggup tahan lapar semata-mata nak kurus. Kalau lapar, tidur. Makan lauk je. Nasi tak makan. Pastu buat aerobik sorang-sorang. Memang berkesan habis. Sampai naik cuti sem member-member terkejut sebab badan dah macam badan budak Form 3. Ada ka patut?

Sumber: Kosmo


XIAMEN – Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. – Agensi

Sanggupkah anda? Eeeiiiiiwww, saya tak sanggup!!
3 Responses

  1. dasatlah hanna punya diet tu...tp mmg ada berkesan la tgk kawan akak makan macam biasa, lebihkan protein, minum air banyak...avoid karbohidrat saja...


  2. Hanna Says:

    Mrs Nageb
    x sanggup nk mkn telur cacing..geliii..

    mak encik | SZ
    mmg dasat kak..tp akibatnya kelemumur byk kt kpl sbb mkn x berkhasiat..huhuhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...