Lunch Tadi Orang Belanja

Alhamdulillah, kenyang makan lunch tadi. Lunch tadi ditaja oleh Kelab Office. Sebab meraikan pertukaran staff ke Bahagian lain. Semalam Datuk boss suruh order makan dah nak dekat pukul 5 lebey. Tak sempat nak order dekat mana-mana katerer.Sudahnya budak-budak office ni request "Kita makan kat hotel je la kak".

Oklah, dah lama tak buat makan-makan kat luar, kita ikutkan ajelah. Disebabkan dah lama tak melantak banyak-banyak (buruk tul perangai), saya tak sempat nak amik gambar apa yang saya makan lunch tadi.Dah setel makan, baru teringat.

 Ni jelah yang sempat snap.Daging panggang campur kerabu mangga. Lauk ulangan. Sebab sedap makan dengan nasi tadi, saya amik lagi sepiring untuk kudapan. Licin nok.

 Lawan dengan kordial mangga sejuk.Pergh!!

 Ahli kariah melantak. Mentang-mentang tak duduk semeja dengan Datuk Boss, melantak je kerja korang. Termasuklah ai. Nasib baik budak waiter tu dah angkat pinggan-pinggan kosong. Kalau tak dah jadi bahan bukti dah.

 Nasiblah korang Datuk Boss pilih duduk semeja. Sambil makan, sambil dengar citer. Boss saya ni memang suka bercerita. Budak meja sebelah dah berapa kali bangun-duduk pergi amik makanan.

Kejadian berlaku kat Kings Hotel. Disebabkan Datuk Boss dah biasa kat situ, dapatlah diskaun. Dari 11 orang yang makan, hotel tu kira 9 orang je makan. Yang 2 orang tu dapat free. Harga memang murah, RM17.00 nett. Murahkan.Alhamdulillah.

Balik ofis, semua dah menyandar.Mata pun kuyu.Tak sabar nak balik petang ni, esok saya dah start cuti.Yiieehaaa!!
4 Responses
  1. kuat makan akak le...saya tak..hehehe


  2. Hanna Says:

    alaa,ko kalau makan selori pun badan takat tu gak..jeles ai tau..huhu..


  3. Hanna Says:

    alaa,ko kalau makan selori pun badan takat tu gak..jeles ai tau..huhu..


  4. wahida Says:

    17 hengget je? murahnya.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...