Mari Kita Bersidang
Agenda pagi tadi pergi Dewan. Kena wakil Datuk Boss yang kena pergi Beijing hari ni. Setakat ni dah 3 persidangan saya pergi. Datuk Boss nak setiap staff dia merasa pengalaman pergi Dewan yang kadang-kadang ada orang gaduh, memaki, dan membo*ek. Hahaha. Selama 4 hari bersidang, hari ni hari terakhir. Saya wakil pada hari terakhir, staff yang lain dah wakil Datuk Boss start hari ke-2.
Bagus gak kalau selalu ada gaduh-gaduh ni. Takdelah buusan sangat. Ada orang sebelah tu sampai berdengkur tertidur. Sebab YB yang bercakap tu macam cakap dalam kelambu, makin perlahan suara dia.Saya pun kadang-kadang menjangkit gak..ZZzzZZ...
Suasana Dewan, masa ni tengah tea break. Pastu sambung balik.Dalam Dewan ni kedap phoneline. Memang takleh sape-sape call atau sms. Tapi wi-fi buleh fulaak.
W.A.K.I.L sajerr
Hari ni Dewan habis bersidang pukul 2.00 pm tadi. So sesi petang dah takde. So, far persiangan ketiga untuk penggal ke-4 ni tak sehangat persidangan ke-2. Semuanya ok.Sidang ke-2 dulu,ada YB kena gantung kehadiran satu penggal. Pastu masuk TV. Kebetulan time tu saya kena wakil. Live tengok orang gaduh-gaduh ni.Macam budak sekolah gaduh.
Masa first time kena wakil Datuk Boss tahun lepas, punya la jakun. Sampai saya ter video kan orang bergaduh. Dalam dewan tu mana boleh amik gambar. No camera allowed. Kecuali stesen TV je.Pembantu dewan datang kat saya, kat situ jugak saya kena deletekan video tu. Hampas.Nasib baik orang tak perasan saya kena tegur.Malu gak.Huahuahua.
Setiap perkara itu pengalaman...
huhu.. best gak merasa g bersidang yer.. slalu tgk dorg gaduh dlm tv je. huhu
bg org yg x suka plitik yg sy, mmg buhsan ler pegi sini..syok tang gaduh je..tang lain x amik port..gua x campur..hekhekhek.