Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

First Time Buat Kuah Kacang. Mabeles!

Setelah umur nak masuk 3 series tahun depan, akhirnya buat julung-julung kali saya masak kuah kacang tau. Korang jangan lah senyum-senyum, memang saya jakun sikit nak bagitau ni. Hehe. Memang setiap kali raya, tak pernah sekali mak saya buat kuah kacang. Just buat ketupat, rendang ayam dan rendang daging. Pastu tambah dengan kek-kek dan agar-agar buatan sendiri.

Sejak dah kawin ni, mak mertua memang buat kuah kacang siap dengan kuah lodehnya. Apalagi racun kat mak yang diorang selalu buat lauk macam-macam time raya. Hihihi. Time Aidilfitri hari tu mak dah request suruh buat kuah kacang, tapi sempat siap goreng kacang je. Kulit pun dah siap ramas. Pastu kacang kemana, kuah kemana. Terus tak jadi buat. 

Raya Haji ni mak saya dah siap-siap bekalkan kacang yang digoreng 2 bulan lepas. Kena jugak buat kuah kacang. Oklah, saya volunteer buat kat rumah sorang-sorang. Selalunya kitorang bergotong-royong. Resepi dah siap print kat ofis. Dengan penuh confidentnya saya buat. Eh, jadik jugaklah.Terer tau! (ish, korang janganlah cebik, memang saya jakun. Hehehe)

Kuah kacang in the making. Sangat teruja tengok kacang tu mendidih. Tak sabar nak amik gambar, dalam periuk lagi pun jadilah *_*

Pergh! Bila dah siap, tak sabar nak hantar kat rumah mak. Kat sana, mak dah siapkan rendang ayam dan nasi himpit. Kuah lodeh buat pagi raya. Cuma tak buat ketupat je tahun ni, takde sape nak anyam. Dapatlah bagi-bagikan kat rumah mak sikit, rumah MIL sikit.

Tapi yang tak bestnya hasben cakap kuah saya masin. Ye ke? Saya rasa ok je. Family saya cakap ok, tapi family mertua pulak cakap masin.Huhuhuhu. Kena reject kat rumah diorang. Kuah saya tak laku. Mak mertua saya cakap, kuah dah sedap, tapi masin sikit. Kalau tak mak dah makan tambah dah. Takpelah mak, terima kasih sebab sejukkan hati ni T_T

Sebenarnya saya tak kisah pun. Sebab I kan first timer. So, normal lah kalau buat ada yang tak menjadi. Takpe, pasni saya nak buat sedap-sedap. Kalah kuah kacang mak mertua saya. <--- ayat perasan.

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan
  1. 1kg kacang tanah [saya buat 1/2 kilo je]
  2. 2 batang serai
  3. 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  4. 3 senduk gula atau ikut suka
  5. 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  6. 20 tangkai cili kering
  7. 1/3 belacan [saya tak letak belacan]
  8. 20 ulas bawang merah kecil [saya gantikan dgn. 4 biji bwg besar]
  9. 3 senduk minyak masak
  10. sedikit garam
Cara-cara
  • Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan. [rasanya goreng tanpa myk kot]
  • Goreng cili kering, bawang merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt [yg ni sy tak buat.Just guna cili blend yg dh siap]
  • Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  • Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk. [Kecuali cili blend, yg lain saya satukan. Cili blend tu saya tumis dulu dgn. minyak, takut pedih perut kalau tak garing.Lepas dh garing baru masukkan bhn yang digaul tadi]
  • Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  • Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  • Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!
Lain orang, lain dia punya cara. Saya tak ikut semua steps dia. Ada yang ikut cara kita sendiri. Terpulanglah kan. Resepi tu saya amik kat My Resipi.com. Pasni nak try resepi lain pulak. [sawan masakan dah meresap dalam badan..hehehe]
2 Responses
  1. wahida Says:

    tak kisah la dorang kata masin ke apa...janji awak dah pernah buat...saya? beli frozen je...sedap dan murah lak tu...

    beli kat kedai sate...hehe...


  2. Hanna Says:

    thanks wahida...malu plak ai..hihi..owh,ada jual yg frozen ye?xtau plak sy..nnt nk try cari, nk compare yg mana sedap..sy buat ke atau frozen yg sdap..perasan kan!hahaha..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...